ARKIB : 22/07/2012
Perbezaan politik tidak pisah Islam
KUALA LUMPUR 21 Julai - Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadi punca yang boleh mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata, umat Islam seharusnya menyedari masa depan negara bergantung kepada persaudaraan yang kukuh di kalangan umatnya.
"Jika umat Islam bersatu di bawah ideologi politik sama, segala perancangan boleh dilaksanakan tanpa sebarang tentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di negara ini.
Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berpandangan, kefahaman dan ideologi politik yang berbeza boleh mencetuskan huru-hara di kalangan umat Islam dan perkara tersebut patut diberi perhatian.
Bagi Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz pula, beliau menegaskan, mazhab Islam sendiri mempunyai perbezaan pendapat dalam beberapa hal tetapi ia tidak sehingga memecahbelahkan.
"Pentadbiran negara akan lebih mantap jika umat Islam bersatu apatah lagi di negara ini umat Islam dan orang Melayu adalah majoriti," katanya.
Demonstrasi ahli DAP bantah Utusan tiada sambutan
Syor tubuh RCI tangkis tuduhan pembangkang
Dendam berterusan DAP kepada KDN
Sahabat karib Anwar kecewa
'Henti dedah rahsia DAP' - Karpal Singh
Pengerusi DAP didesak henti ugut pihak tidak sealiran
Exco: Pas 4, PKR dan DAP 3
BN balas sokongan rakyat
Mahasiswa propembangkang dicabar tolak PTPTN
Soi Lek perlu berundur demi masa ‘depan’ MCA - Robert Phang
BN akan balas sokongan rakyat Kelantan - Mustapa
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan cara kekerasan
Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman
Karpal amaran Tunku Aziz henti dedah "rahsia" DAP
Segerakan pemilihan semula CEC
Kenapa DAP tidak mahu?
Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat
Nasihat Nalla kepada Anwar
Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









