ARKIB : 21/07/2012
Dua pemimpin UMNO sangkal dakwaan jual tanah harga tinggi
PULAU PINANG 20 Julai - Dua pemimpin UMNO Pulau Pinang menyangkal dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Abdul Halim Hussain mengenai penjualan tanah seluas 4.04 hektar milik penduduk Kampung Terang di Balik Pulau kepada pemaju dengan harga RM13.5 juta pada Mei lalu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar menafikan tuduhan Abdul Halim itu dan menyifatkan ia pembohongan bagi mencari publisiti.
Menurut Omar, dakwaan Abdul Halim bahawa syarikatnya, Aseania Group Sdn. Bhd. (Aseania Group) membuat keuntungan dalam masa empat bulan dengan menjual tanah penduduk pada harga RM13.5 juta pada Mei lalu selepas dibeli dengan harga RM8.5 juta pada Januari lalu adalah tidak berasas.
Ini kerana, katanya, syarikat itu membeli tanah terbabit pada 1 Oktober 2010 dengan harga RM22 sekaki persegi sebelum menjualnya pada 10 Januari lalu pada harga RM33 sekaki persegi.
"Kami terpaksa menjual tanah itu kerana mendapat tekanan hebat kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang telah menyenaraihitamkan syarikat kami serta tiga syarikat lain iaitu JKP Sdn. Bhd., UDA Land dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
"Bagi mengelakkan sebarang masalah untuk membangunkan tanah itu, kami mengambil keputusan menjualnya kepada pemaju yang berminat bagi mengelakkan terpaksa menanggung kerugian membayar pinjaman bank sedangkan ia tidak boleh dibangunkan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Barisan Nasional (BN) negeri, di sini hari ini.
Omar yang juga Pengarah Urusan Aseania Group menambah, pihaknya kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah cuba menyusahkan syarikatnya yang ingin membangunkan sebidang tanah di Bandar Perda dekat Bukit Mertajam dengan projek rumah berkembar namun diarahkan dibina rumah kos rendah dan kos sederhana.
Jelasnya, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga mengeluarkan syarat agar syarikatnya membayar premium sebanyak RM516,000 ke atas tanah terbabit.
"Kenapa syarat tambahan untuk bayaran premium dan pembinaan rumah kos rendah itu hanya dikeluarkan kepada syarikat kami sedangkan ia tidak dikenakan kepada pemaju lain.
"Begitu juga isu tanah di Kampung Terang yang pasti dikenakan syarat sama sekiranya tidak dijual, sekali gus merugikan kami," ujarnya.
Dalam pada itu, Musa menempelak Abdul Halim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri yang didakwa membuat tuduhan tanpa usul periksa malah bertindak seolah-olah jurucakap serta 'kuda tunggangan' Guan Eng untuk menekan projek-projek BN.
Katanya, Abdul Halim harus menjawab beberapa persoalan terlebih dahulu sebelum mampu menjadi pejuang antaranya isu tanah di Kampung Genting, Balik Pulau yang dicadangkan untuk pembinaan sebuah universiti swasta dan cadangan pembinaan hospital swasta di atas tanah seluas 0.4 hektar di Taman Manggis, dekat sini.
"Abdul Halim juga dicabar membina rumah kos rendah dan sederhana di Balik Pulau selain tidak berdiam diri berhubung isu tanah Bayan Mutiara yang dijual di bawah harga pasaran oleh kerajaan negeri.
"Kalau beliau mampu menjawab cabaran saya ini, baru saya boleh sokong beliau sebagai pejuang sejati untuk orang Melayu di Balik Pulau," katanya.
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Perhimpunan jalanan Sabtu ini memalukan
Demonstrasi di luar negara cemar imej rakyat
Gerakan minta UMNO ketuai BN jadi parti pelbagai kaum
Anwar terus hasut rakyat
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









