VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 01/12/2012

Tingkat mutu, inovasi ketenteraan

Zulkifli Zainal Abidin (tengah) bersama para pemenang Anugerah Inovasi Tentera Darat pada majlis sambutan Hari Inovasi Tentera Darat 2012 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Tentera Darat akan memperuntukkan RM1 juta daripada perbelanjaan mengurusnya bagi meningkatkan mutu dan kajian projek inovasi ketenteraan mulai tahun depan.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, usaha itu diyakini mampu memupuk daya inovasi dalam kalangan anggota pasukan tersebut.

Menurutnya, pada peringkat permulaan ini, pihak Tentera Darat akan menyalurkan peruntukan secara dalaman dan pihaknya mempunyai sistem untuk mengagihkan wang berkenaan kepada projek inovasi yang dijangka mempunyai ruang dan peluang untuk dijayakan.

"Kami menyasarkan sekurang-kurangnya satu paten dicipta tahun depan sama ada secara individu mahupun berpasukan dalam usaha melaksanakan program inovasi dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan sambutan Hari Inovasi Tentera Darat 2012 dan Buku Panduan Pembudayaan Inovasi di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Zulkifli juga menyampaikan anugerah kepada pemenang Pertandingan Esei Panglima Tentera Darat 2012 serta Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (TD) 2012.

Tambah beliau, sebelum ini, ada projek anggotanya pernah memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara dan beliau menganggap peruntukan itu sebagai inisiatif penting.

"Saya lihat sebahagian besar anggota Tentera Darat mampu dan secara strategiknya kita menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan transformasi selaras dengan tema tahun ini iaitu Anggota Berinovasi Memacu Transformasi," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, Tentera Darat di seluruh negara bersedia memberi bantuan pada bila-bila masa sekiranya berlaku bencana alam terutamanya banjir yang mungkin melanda kebanyakan tempat di negara ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.