VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 17/11/2012

ATM, Tentera Darat Singapura jayakan latihan bersama

AHMAD Hasbullah Mohd. Nawawi (barisan hadapan, tujuh dari kanan) dan Tung Yui Fai (barisan hadapan, enam dari kiri) bersama Tentera Darat Malaysian dan Singapura di padang kawad 10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 16 Nov. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat Singapura hari ini menyertai program Latihan Semangat Bersatu Siri 18/2012 bertujuan meningkatkan taktikal ketenteraan di peringkat batalion.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi berkata, penganjuran program edisi ke-18 itu merupakan latihan bilateral yang dilaksanakan setiap tahun.

Beliau berkata, latihan bersama itu bertujuan menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam kalangan pegawai dan anggota terlibat.

"Program itu yang bermula hari ini hingga 22 November ini akan melibatkan tiga lokasi utama iaitu di Kem Majidee Johor Bahru, kawasan am di Negeri Sembilan dan Pahang.

"Dalam masa sama, formasi tiga divisyen dibentuk ATM untuk mengendali dan melaksanakan latihan berkenaan melibatkan penyertaan seramai 923 pegawai dan anggota manakala Tentera Darat Singapura disertai 144 pegawai dan anggota," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tersebut di Kem Majidee, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Staf Am Tentera Darat Singapura, Brigedier Jeneral Tung Yui Fai.

Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah memberitahu, program tersebut juga berperanan meningkatkan pengetahuan dan kerjasama ketika melaksanakan sesuatu operasi serta melatih pemerintah dan staf mengukuhkan kefahaman lebih jitu.

"Selain itu, latihan ini juga menguji kemampuan dan kesiapsiagaan pasukan kedua-dua negara bagi menghadapi ancaman di medan perang dan menilai kemahiran pegawai serta anggota terlibat dalam melaksanakan operasi ketenteraan mengikut teknik, taktik dan prosedur yang ditetapkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.