VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 25/09/2012

Kaji gaji, pencen tentera

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) meminta kerajaan mengkaji semula skim gaji dan pencen anggota tentera sedia ada supaya kerjaya itu menjadi pilihan ramai termasuk bukan Melayu.

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada anggota yang sedang berkhidmat tetapi juga bekas-bekas tentera.

Beliau berkata, sehingga kini, gaji anggota tentera masih berada pada tahap rendah menyebabkan kerjaya tentera tidak begitu diminati ramai.

"Skim gaji yang lebih tinggi itu secara tidak langsung akan membantu anggota tentera untuk menikmati kehidupan lebih baik selepas bersara nanti.

"Apa yang lebih penting, kenaikan gaji itu juga mampu menjadikan kerjaya tentera sebagai pilihan utama dan menarik lebih ramai bukan Melayu menyertai pasukan tentera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan PBTM menjelang Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini.

Sementara itu, Muhammad juga berharap kerajaan akan memberi kenaikan pencen kepada pesara tentera yang berkhidmat selama 21 tahun kerana kenaikan sebelum ini hanya membabitkan pesara yang berkhidmat melebihi 21 tahun.

"Lebih 36,000 bekas tentera yang berkhidmat genap 21 tahun juga perlu mendapat kenaikan yang setara.

"Mungkin sebelum ini kerajaan terlepas pandang dan diharapkan golongan tersebut juga diberi perhatian khusus dalam pembentangan bajet akan datang," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan perkara tersebut kerana ia memberi gambaran jasa mereka sepanjang berkhidmat sebagai anggota tentera khususnya ketika menentang komunis juga dihargai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.