VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 08/08/2012

Atasi kemelut juruterbang

HANYA juruterbang terlatih mampu mengendalikan aset Maritim Malaysia bagi menjalankan operasi penguatkuasaan dan menyelamat.

PADA Julai 2007, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperoleh enam buah helikopter Dauphin AS365N3 dan Agusta Westland AW139 dan dua pesawat Amfibia CL415 MP untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan dan mencari dan menyelamat di perairan Negara melalui udara.

Namun ketika itu agensi tersebut hanya mempunyai seorang juruterbang yang benar-benar bersedia untuk mengemudikan aset berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan pihak pengurusan Cawangan Operasi Udara (COU) Maritim Malaysia.

Ini kerana keperluan tugas pemantauan memantau keselamatan perairan negara secara berterusan iaitu 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu memerlukan 36 anak kapal iaitu 18 komander pesawat dan 18 pembantu juruterbang dengan aset seperti di atas.

Persoalan yang sentiasa bermain di minda COU pada waktu itu ialah bagaimanakah pelaksanaan penugasan dapat dilaksanakan dengan kekangan juruterbang yang dihadapi? Ingin sahaja mereka menutup sebelah mata berhubung dengan kekangan tersebut sehingga agensi berkenaan mampu mengeluarkan melatih juruterbangnya anak kapalnya sendiri.

Namun Perintah Tetap Penerbangan Maritim Malaysia yang dirangka berdasarkan pada Human Performance and Limitation (HPL) oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pula mempunyai pendapat yang berbeza.

Perintah tetap itu sebaliknya menggariskan bahawa keselamatan setiap operasi penerbangan bergantung kepada kecergasan fizikal anak kapalnya.

Oleh itu dalam memastikan anak kapal mempunyai kesedaran tahap kecekapan minda yang tinggi terhadap situasi di persekitaran situasi yang tinggi, pelaksanaan penugasan operasi penerbangan selama 12 jam waktu bekerja termasuk dua jam sebelum penerbangan dan satu jam selepas penerbangan dan 11 12 jam waktu berehat, telah dihadkan tetapkan.

Bagaimanapun, waktu bertugas anak kapal tersebut boleh dilanjutkan di atas keperluan yang mendesak walaupun tidak boleh dilaksanakan secara berterusan.

Satu demi satu usaha dan cadangan diperhalusi. akhirnya jalan pertama yang boleh dilaksanakan dengan kadar segera untuk mengatasi isu ini adalah permohonan juruterbang secara pinjaman daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Perolehan empat juruterbang secara pinjaman daripada TUDM dan tujuh daripada TDM telah memberi ruang untuk COU mula bernafas.

Namun kelegaan yang dirasai itu tidak bertahan lama apabila TUDM sendiri mula merasai bahang kekangan operasi akibat juruterbang yang dimiliki mereka tidak mencukupi untuk pengoperasian pesawat TUDM sendiri. Berikutan itu, pihak TUDM mula merancang menarik balik juruterbang pinjamannya daripada Maritim Malaysia.

Begitu juga dengan Tentera Darat TDM yang mahu anggotanya dipulangkan semula di atas dasar keperluan organisasi.

Setelah membuat sedikit kajian berdasarkan dasar pengurusan sumber manusia sedia ada daripada organisasi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), satu kertas kerja telah dicadangkan iaitu pengambilan juruterbang berpengalaman (jurulatih dan operasi) secara Kontrak Perkhidmatan Juruterbang (COS)(CFS).

Pengarah COU Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zammani Mod Amin berkata, kajian pasaran telah dilaksanakan dan akhirnya keputusan dibuat bahawa kontrak tersebut adalah jalan terbaik buat Maritim Malaysia amnya dan COU khasnya dalam mengatasi permasalahan ini.

"Pembentangan kertas kerja mula dilaksanakan di Mesyuarat Penyelarasan Operasi Maritim Malaysia dengan komen-komen yang sangat konstruktif telah diterima. Penambahbaikan kertas kerja mula dilaksanakan dan bajet mula dirancang.

"Setelah kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan diterima, maka pengambilan mula dilaksanakan. Ia bermula dengan Kapten Manoheran Govindasamy yang bertugas di Erickson Air-Crane Malaysia.

"Dengan kelayakan sebagai Instruktor Helikopter Berkelayakan (QHI) serta jumlah jam penerbangan yang melebihi 8,000 jam, beliau memulakan tugas di Maritim Malaysia pada 1 November 2011," katanya.

Selain daripada pernah bertugas sebagai jurulatih juruterbang di TUDM, beliau juga berpengalaman menerbangkan helikopter untuk penugasan memadam kebakaran di Australia dan Greece.

Sementara itu, pada 18 Disember 2011, Zammani berkata, kerajaan telah membatalkan kontrak latihan pelatih juruterbang Maritim Malaysia di sebuah akademi penerbangan tempatan apabila ia gagal melaksanakan latihan seperti yang termaktub dalam kontrak yang ditandatangani di antara akademi penerbangan dan Kerajaan Malaysia.

Menurutnya, kontrak berkenaan terpaksa ditamatkan ketika pelatih juruterbang belum sempat menamatkan latihan mereka.

Bagaimanapun katanya, berkat kerjasama dan muafakat yang ditunjukkan oleh anggota unit COU, perancangan baru mula dibuat dengan menggunakan Juruterbang COS CFS untuk melatih sendiri juruterbang pelatih Maritim Malaysia yang tidak dapat menamatkan latihan mereka.

Cadangan itu bukan sahaja membantu Maritim Malaysia menghadapi masalah kekangan juruterbang sedia ada, pada masa yang sama penjimatan terhadap kewangan kerajaan. Ia juga dapat dilaksanakan memandangkan satu-satunya alternatif yang ada hanyalah menghantar juruterbang pelatih agensi itu ke luar negara untuk menamatkan latihan mereka.

Kata Zammani, juruterbang COS CFS dilihat bukan sahaja dapat membantu Maritim Malaysia daripada aspek pengoperasian pesawat tetapi dalam masa yang sama, dapat membantu bertindak sebagai jurulatih dalam melatih juruterbang baru APMM.

Dengan adanya juruterbang COS, kata beliau, COU mula merangka latihan untuk pelatih juruterbang secara dalaman.

"Pegawai berkelulusan QHI dan Instruktor Penerbangan Berkelayakan (QFI) adalah kriteria utama yang diperlukan untuk melantik juruterbang CFS ini. Kelayakan tambahan yang lain adalah berpengalaman di dalam penerbangan pesisiran pantai. Sehingga hari ini, lima orang juruterbang CFS sedang berkhidmat dengan kami.

''Pegawai yang ada akan menjadi tenaga pengajar kepada pelatih juruterbang Maritim Malaysia agar mereka dapat menamatkan latihan dan mula menjalankan operasi udara,'' katanya.

Ujar beliau, perancangan latihan mula dirangka dan dianggarkan seramai 15 pelatih juruterbang Maritim Malaysia akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai September ini dan dijangka keseluruhannya akan tamat latihan pada Januari tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.