VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 11/07/2012

Malcoy 7 naikkan imej ATM

ZULKIFELI Mohd. Zin (kiri) menyambut kepulangan Kumpulan Induk Malcoy 7 di Pusat Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang, Selangor, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 10 Julai - Kejayaan Malaysian Company 7 (Malcoy 7) menggalas mandat dan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam misi keamanan di Lebanon telah menaikkan imej Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mata dunia, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Beliau berkata, anggota Malcoy 7 merupakan kontinjen pertama melaksanakan misi selama 12 bulan bersama Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) mulai 24 Julai tahun lepas berbanding kontinjen sebelum ini yang hanya mengambil masa selama sembilan bulan.

"Penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa melalui misi operasi pengaman mahupun tugas bantuan kemanusiaan mencerminkan komitmen Malaysia dalam meningkatkan penguatkuasaan keamanan.

"Semasa lawatan saya ke Lebanon tahun lalu, pihak tertinggi UNIFIL sentiasa memuji sikap profesionalisme dan kebolehan anggota ATM yang bertugas di sana," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan kepulangan kumpulan itu di Pusat Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang dekat sini, hari ini.

Zulkifeli berkata, semasa bertugas di sana, kontinjen Malaysia bukan sahaja memberikan komitmen yang baik malah sentiasa bekerjasama dengan pasukan pengaman dari negara lain dan juga masyarakat setempat.

Beliau berkata, Malcoy 7 telah banyak mencipta kejayaan di peringkat UNIFIL antaranya kejayaan Mejar Werar Suleiman Ali merangkul kejuaraan sebagai pemenang pertama dari negara-negara Asia dalam pertandingan Dancon March UNIFIL manakala Koperal Udara Norlia Rasali pula menjuarai kejohanan Ping Pong UNIFIL.

Katanya, operasi di bumi asing adalah satu pengalaman yang sangat berharga kepada warga ATM.

"Prestasi cemerlang dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ATM dalam menjayakan misi ini amat besar nilainya.

"Hakikat ini diperakui oleh kerajaan Malaysia kerana ia adalah suatu bentuk sumbangan yang mampu kita hulurkan kepada dunia luar atas prinsip kemanusiaan dan menjunjung keamanan sejagat," katanya.

Kepulangan Kumpulan Induk Malcoy 7 diketuai oleh Ketua Pergerakan Kumpulan Pertama, Mejar Nazri Rosli bersama 199 orang anggota ATM terdiri daripada 16 pegawai dan 183 lain-lain Pangkat (LLP) termasuk lapan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang wanita.

Sementara itu, Nazri Rosli berkata, ketika berada di Lebanon, beliau melaksanakan tugas mengawal keselamatan di sesuatu kawasan yang dipertanggungjawabkan iaitu seluas 14 kilometer persegi.

Beliau berkata, Malcoy 7 yang berada di sana diberikan tugas antaranya dipertanggungjawabkan membuat rondaan di sektor Timur Lebanon.

"Saya berasa sangat gembira kerana pada tahun ini dapat berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri di sini bersama keluarga kerana pada tahun lalu saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Lebanon bersama warga tempatan," katanya ketika ditanya mengenai perasaan beliau sebaik tiba di tanah air. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.