VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 11/07/2012

Kerjaya kedua untuk pesara tentera

Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sijil kepada pelajar sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah Perhebat, Suhadi Komar pada Majlis Penyampaian Sijil Perhebat di Dewan Besar Perhebat Kem Sg. Buloh, baru-baru ini. - Gambar SHIDDIEQIIN ZON

SETIAP tahun dianggarkan kira-kira 5,000 anggota tentera menamatkan perkhidmatan.

Namun dengan tubuh badan yang masih sihat, mereka masih mampu menjadi tenaga kerja berkemahiran serta berpengalaman yang signifikan untuk membangunkan ekonomi negara.

Melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), semua bakal pesara tentera diberi kursus dan latihan mengikut kecenderungan minat masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, latihan yang dijalankan di Perhebat selama enam, 12 atau 18 bulan bertujuan menyediakan anggota yang bakal bersara dengan kemahiran serta pengetahuan bagi kerjaya kedua selepas persaraan.

"Isu dan cabaran yang kerap dibincangkan dalam konteks pembangunan sosioekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah dari segi perubahan minda atau sikap kerana seperti kita sedia maklum, perkhidmatan tentera bersifat 'regimental'.

"Selain daripada itu, faktor lokaliti atau penempatan pekerjaan berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing juga merupakan suatu cabaran kepada pesara yang sebahagiannya akan pulang ke kampung apabila tamat perkhidmatan.

"Inilah sebahagian daripada cabaran kepada kerajaan, khususnya Perhebat serta Jabatan Hal Ehwal Veteran dalam membangunkan sosioekonomi veteran ATM," katanya pada majlis penyampaian sijil Perhebat untuk 681 pelatih baru-baru ini.

Jurulatih Pusat Latihan Perisikan, Staf Sarjan Jumiri Md. Abdullah, 42, merupakan salah seorang pelatih Perhebat dan telah mengikuti kursus membuat jubin selama 18 bulan.

"Melalui ilmu yang diperoleh, saya akan mencari pengalaman bekerja terlebih dulu sebelum membuka perniagaan sendiri," katanya.

Bagi Koperal Mohd. Padli Abd.Razak, 41, pula, latihan yang diikuti memberi pengenalan dan asas kepada bakal pesara sepertinya untuk bekerja dalam bidang yang ingin diceburi selepas tamat perkhidmatan.

"Namun, saya berharap Perhebat dapat meningkatkan lagi silibus dan kandungan kursus mengikut perkembangan terkini," jelasnya.

Sementara itu, Staf Sarjan, Normah Hasan, 44, berkata, beliau yang mengikuti kursus masakan komersial bercita-cita membuat kedai makan sendiri satu hari nanti.

"Kursus yang diberikan membantu saya belajar mengenai pelbagai jenis masakan dan juga menu pilihan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.