VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 10/07/2012

Hargai
Polis Marin

Inspektor Faizal Muhammad Ali memberi penerangan kepada guru dan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Pulau Aur yang tertarik melihat helikopter PDRM semasa lawatan kerja Salleh Mat Rashid ke Pulau Aur, Mersing, baru-baru ini.

BAGI penggemar aktiviti menyelam, snorkling dan memancing, nama seperti Pulau Aur, Pemanggil, Tinggi dan Sibu memang sudah tidak asing lagi.

Setiap hari ada sahaja pelancong tempatan dan luar negara bertamu ke pulau-pulau peranginan itu untuk menerokai dunia dasar laut atau sekadar mencari ketenangan dengan bersantai di tepi pantai sambil menyaksikan keindahan panorama di sekitarnya.

Memang seronok jika sekali-sekali mengunjungi tempat pelancongan seperti ini tetapi bagi mereka yang menetap lama di situ, keindahan yang menakjubkan itu mungkin sudah tiada istimewa lagi apabila saban hari dilihat di depan mata.

Inilah dirasai oleh penduduk tempatan dan masyarakat luar yang terpaksa tinggal di pulau-pulau itu kerana tuntutan tugas.

Mereka dimaksudkan ialah kakitangan kerajaan seperti guru, jururawat dan polis yang berkhidmat untuk penduduk dan pelancong di empat pulau berkenaan.

Disebabkan tuntutan tugas, mereka terpaksa berpisah jauh dengan keluarga dan hidup dalam keadaan serba kekurangan di pulau-pulau terpencil yang mengambil masa antara sejam hingga empat jam perjalanan menaiki bot untuk sampai ke tanah besar di Mersing, Johor atau Tanjung Gemok di Rompin, Pahang.

Untuk pulang bertemu keluarga dalam tempoh dua minggu sekali, mereka terpaksa menyewa bot-bot persiaran dan kapal dagang yang melalui pulau tersebut dengan bayaran mahal iaitu sehingga mencecah RM300.

Keadaan bertambah buruk apabila tiba musim tengkujuh apabila tiada kapal dan bot singgah ke pulau akibat ombak kuat dan laut bergelora sehingga menyebabkan mereka terputus bekalan makanan.

Lebih mencemaskan apabila ada penduduk sakit tenat dan memerlukan rawatan atau berlaku kematian membabitkan pelancong atau orang tempatan yang memerlukan bedah siasat dijalankan di hospital.

Dalam situasi genting itulah, bantuan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang bertugas di balai dan pondok polis di pulau-pulau diperlukan.

Sebaik sahaja menerima aduan kes-kes begini, anggota bertugas akan menghubungi rakan yang menjalankan tugas rondaan di atas kapal di laut untuk datang memberi bantuan menghantar mangsa ke hospital.

Bot PPM juga sering menumpangkan guru, jururawat dan penduduk kampung yang mahu pergi ke darat kerana tiada kemudahan bot atau feri awam disediakan ke pulau-pulau terpencil ini, manakala untuk menyewa sebuah bot memerlukan kos lebih RM1,000.

Saya berpeluang menyelami dan melihat sendiri kesulitan dihadapi oleh petugas dan masyarakat di pulau-pulau itu apabila berkesempatan mengikuti lawatan kerja Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid ke balai dan pondok polis di Pulau Tioman, Aur, Pemanggil, Tinggi dan Sibu pada 26 hingga 28 Jun lalu.

Dalam lawatan tersebut, Salleh berpeluang bertemu dan bermesra dengan masyarakat pulau untuk bertanya masalah mereka, di samping mengenal pasti keperluan anggota PPM yang bertugas di situ.

Hasil lawatan itu, beliau bersetuju untuk mengemukakan permohonan kepada kerajaan agar menyediakan elaun pedalaman dan elaun gangguan kepada anggota PPM yang berkhidmat di pondok polis di Pulau Aur, Pemanggil, Tinggi dan Sibu.

Beliau berkata, dua elaun tersebut adalah bagi menghargai pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas dalam keadaan serba kekurangan di kawasan terpencil itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.