VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 20/06/2012

Wira Merah kebanggaan ATM

PASUKAN tatu Wira Merah ATM melakukan salah satu aksi berani mereka.

WIRA Merah. Generasi hari ini mungkin kurang mengenali siapakah gerangannya Wira Merah? adakah sebuah pasukan bola sepak? hoki? atau pasukan ragbi?

Bagi generasi terdahulu, khususnya pada era 60-an, 70-an dan awal 80-an, Wira Merah merupakan fenomena. Di mana sahaja ada Wira Merah, orang ramai pasti akan bertumpu di tempat berkenaan.

Wira Merah ialah pasukan akrobatik motosikal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali sebagai tatu motosikal. Pasukan tersebut mencapai kegemilangan sekitar 60-an hinggalah 80-an kerana rakyat sering kali tertunggu-tunggu aksi berani mereka menunggang motosikal dengan pelbagai gaya mencabar.

Salah seorang tulang belakang pasukan berkenaan ketika era kegemilangannya, Mejar (B) Mustafa Kamal Mohd. Jamil ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini ternyata tidak mampu melupakan kenangan manis sewaktu bersama dengan pasukan legenda berkenaan.

Meskipun pasukan itu masih wujud hari ini dan membuat persembahan untuk majlis-majlis tertentu khususnya berkaitan dengan ATM, kemeriahan serta adrenalinnya tidak serupa seperti ketika era 60-an hingga awal 80-an.

"Saya mula berjinak-jinak dengan tatu motosikal pada awal 1960-an. Ketika itu saya baru memasuki Kor Polis Tentera Diraja dan berpeluang berkenalan dengan Ketua Tatu Motosikal kor berkenaan.

"Bermula dari saat itu, saya aktif berkecimpung dengan pertunjukkan tatu motosikal kor tersebut sebelum ia terus berkembang menjadi sebuah pasukan legenda iaitu Wira Merah," katanya dengan penuh teruja.

Wira Merah ditubuhkan oleh Pegawai Waran I, Sabudin Othman dan juga Pegawai Waran I Ungku Hakim Ungku Mohamad pada 1963.

Pada zaman kegemilangannya, pasukan berkenaan membuat persembahan menggunakan motosikal BSA 250cc buatan England. Oleh sebab kelengkapan yang kurang ketika itu, anggota-anggota pasukan tersebut terpaksa menggunakan kelengkapan sedia ada walaupun tahap keselamatannya boleh dipertikaikan.

Menurut Mustafa Kamal, sepanjang penglibatannya dengan Wira Merah, berpuluh-puluh persembahan telah disertainya dan pertunjukkan terbesar sudah tentu ketika sambutan hari ATM di Stadium Merdeka.

Katanya, pada zaman 60-an dan 80-an, sambutan Hari ATM di Stadium Merdeka paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana ketika itulah Wira Merah akan membuat kemunculan dan memukau penonton dengan pertunjukkan yang menghiburkan.

"Ia bukan sekadar pertunjukan yang menghiburkan tetapi boleh diklasifikasikan 'berani mati', sebab itu orang ramai teruja memenuhi Stadium Merdeka untuk menonton persembahan kami ketika itu.

"Persembahan-persembahan akrobatik yang kami tampilkan sering kali mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Masakan tidak, kami sentiasa berlatih untuk menampilkan kelainan pada pertunjukan dan berani mengambil risiko mencuba aksi berbahaya yang tidak terfikir oleh orang ramai ketika itu.

"Antara persembahan kami yang paling mendapat tepukan gemuruh adalah lompatan melintasi 28 manusia dan saya merupakan individu paling hujung. Ketika itu, kami menggunakan motosikal BSA 250CC, ia bukanlah jentera yang ringan tetapi saya percaya pelaku aksi, Koperal Mohd. Noor mampu melakukannya dan beliau memang berjaya melaksanakannya," jelasnya.

Menurut Mustafa Kamal, aksi-aksi tatu motosikal yang dipersembahkan dahulu mempunyai keunikan sendiri berbanding persembahan kumpulan berkenaan ketika ini.

"Ada antara anggota pasukan yang berkebolehan menunggang motosikal sambil mengawalnya dengan menggunakan tangga kayu setinggi tiga meter dan memandang ke belakang. Saya tidak rasa ketika ini ada yang mampu melakukannya.

"Selain itu, pada era kegemilangan Wira Merah, kami mempunyai seorang anggota iaitu Lans Koperal S. Palaniny yang mampu menunggang motosikal dalam keadaan berdiri sambil mengupas buah kelapa menggunakan giginya.

"Bunyi pelik tetapi itulah kebolehan Palaniny dan setiap kali pertunjukan, persembahannya amat dinanti-nantikan oleh penonton," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.