VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 19/06/2012

Sazali Sarjuni RSI pertama PDRM

Sazali Sarjuni (tiga dari kanan) bersama rakan setugas di hadapan Cawangan Tatatertib Pulapol KL.

Memegang jawatan sebagai Regimented Sub Inspektor (RSI) adalah tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin apatah lagi melibatkan tugasan berkaitan tatatertib pegawai dan anggota polis di Pulapol."

Begitulah ungkapan Regimented Sub Inspektor (RSI) Sazali Sarjuni ketika ditemui di Cawangan Tatatertib di Pulapol Kuala Lumpur, di Jalan Semarak baru-baru ini.

Menurut beliau yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Turus Tatatertib, tidak banyak pengalaman yang dapat dikongsikan, namun beliau lebih suka menceritakan tentang peranannya sebagai RSI.

Katanya, dia sangat menghargai kepercayaan komandan yang melantiknya sebagai RSI iaitu satu jawatan yang pertama kali diwujudkan dan hanya seorang dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Justeru, saya ingin berterima kasih kepada Komandan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan tugas sebagai RSI," katanya lagi.

Tambahnya, seperti sedia maklum Pulapol merupakan institusi latihan ulung yang bertanggungjawab menjadi ejen transformasi daripada seorang awam kepada seorang anggota polis yang terlatih.

Katanya, Pulapol juga merupakan tonggak kepada usaha mengekalkan dan meningkatkan mutu disiplin setiap pegawai dan anggota polis

"Melihat kepada kedudukannya sebagai institusi unggul, saya menganggapnya ia sebagai satu cabaran untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik," kata Sazali.

Menurutnya, di samping kursus asas Konstabel tambahan, kursus asas Konstabel dan Inspektor, institusi latihan itu turut bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan.

"Justeru, peraturan bukan hanya diterapkan kepada pegawai dan anggota PDRM yang sedang menjalani kursus.

"Malah semua peringkat pegawai, anggota dan kakitangan awam perlu sentiasa mengamalkan serta membudayakan disiplin dalam diri setiap anggota," ujarnya.

Sebagai RSI menurutnya, beliau merupakan mata dan telinga kepada Komandan di samping bertanggungjawab memastikan peranannya dapat dilaksanakan.

Katanya, setiap hari beliau akan melaporkan sebarang bentuk perlanggaran tatatertib kepada Komandan untuk tindakan susulan.

"Bukan itu sahaja, sebagai RSI juga berperanan di dalam memastikan semua anggota PDRM yang hadir di Pulapol sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan Komandan dan mempamerkan penampilan yang kemas," kata Sazali.

Menurutnya, memantau tatatertib semua pelatih, anggota mahupun peserta kursus bukanlah sesuatu yang sukar namun, ia adalah satu cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.

"Memang diakui semua individu mempunyai pelbagai ragam dan kelakuan tetapi ketika tempoh latihan atau kursus, mereka didedahkan dengan pelbagai peraturan dan etika yang perlu dipatuhi.

"Tiada pilihan, para pelatih mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan antaranya etika pemakaian, pematuhan masa dan menjaga kelakuan ketika berlatih atau menjalani kursus di Pulapol," kata Sazali.

Menurutnya, apabila mereka telah dibiasakan dengan etika dan pematuhan terhadap peraturan, amalan disiplin itu akan menjadi kebiasaan apabila mereka berada di luar Pulapol.

Tambahnya, seperti biasa di mana ada peraturan, pasti ada yang melakukan kesalahan walaupun hanya sebilangan kecil.

"Justeru, apabila berlaku situasi tersebut, maka kita akan ambil tindakan secara berkhemah terhadap mereka.

"Pada peringkat permulaan nasihat akan diberikan terlebih dahulu diikuti tindakan untuk tujuan perubahan sikap berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

"Akhir sekali barulah tindakan yang menjurus kepada tatatertib akan dilakukan," ujarnya.

Katanya lagi, antara tindakan tatatertib tersebut adalah dengan menahan gaji dan membuang kerja mengikut skala kesalahan yang dilakukan namun, itu tidaklah dilakukan secara melulu.

"Tindakan itu bagaimanapun, hanya dilakukan oleh Komandan berdasarkan laporan tatatertib yang diterima," kata Sazali.

Katanya, pelawat yang memasuki Pulapol turut tidak terlepas di dalam mematuhi peraturan dan etika ditetapkan.

"Ini termasuk dari segi etika pemakaian, pas keselamatan, larangan memasuki zon yang tidak dibenarkan.

Selain itu, peranannya di dalam cawangan itu juga adalah memastikan setiap arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara dan Komandan Pulapol dikuatkuasakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.