VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 12/06/2012

Noor Ariffin puas selesai kes bunuh

Noor Ariffin Mohamad Nasir bersama isteri dan dua anak lelakinya.

Ada mayat di dalam longkang". Itulah maklumat yang disebarkan penduduk di sebuah taman di Bandar Baru Uda pada 2006 sehinggalah sampai ke pengetahuan pemangku Deputi Supritendan (DSP) Noor Ariffin Mohamad Nasir.

Noor Ariffin, 45, mengimbau kembali saat-saat beliau mengendalikan kes yang berlaku semasa menjawat jawatan sebagai pegawai penyiasat kanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Siapa sangka walaupun maklumat yang sedikit itu, dapat membantu beliau menyelesaikan kes yang menggemparkan seluruh negara iaitu jenayah kejam yang mengorbankan seorang remaja perempuan, Syafiqah Mohd. Borhan, 15.

Beliau menjelaskan, menerusi maklumat itu polis berjaya mengesan suspek yang merogol dan membunuh Syafiqah setelah sebulan usaha dilakukan tidak menemui sebarang petunjuk.

"Penyebaran maklumat itu telah menimbulkan tanda tanya kepada polis bagaimana ia boleh disebarkan kepada penduduk hanya selepas sebulan kes itu berlalu.

"Malah, penemuan mayat itu langsung tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali seorang pelajar sekolah yang ternampak mayat itu ketika dia sedang bermain di lokasi kejadian," katanya.

Justeru, ketika itu juga polis telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti siapa individu pertama yang mengetahui dan menyebarkan berita mengenai penemuan mayat Syafiqah.

"Pelbagai cara dilakukan bagi mengesan individu tersebut termasuk bertemu dengan setiap penduduk yang mengetahui maklumat itu dan mencari punca maklumat itu tersebar," ujarnya.

Katanya, pelbagai cabaran dan tekanan terpaksa dihadapi sepanjang siasatan dijalankan.

"Tekanan kuat turut dirasai apabila penduduk mula mendesak supaya suspek ditangkap dengan segera.

"Ini berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka yang sering ketakutan setiap kali hendak keluar ke sekolah pada waktu pagi," katanya.

Hasil risikan yang dilakukan ke atas penduduk taman tersebut akhirnya membawa polis kepada individu tersebut iaitu rakan dan jiran kepada suspek berkenaan.

"Hasil soal siasat remaja berusia 17 tahun itu akhirnya membawa kepada penangkapan suspek utama di dalam kejadian tersebut," katanya yang memaklumkan suspek turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Katanya, pada Ogos 2009, suspek tersebut telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan merogol dan membunuh Allahyarham Shafiqah oleh Mahkamah Tinggi Johor.

"Suspek turut dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan 15 kali sebatan selepas didapati bersalah merogol mangsa," katanya.

Ketika menceritakan kronologi kejadian beliau berkata, Syafiqah yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebelum itu sedang berjalan kaki menuju ke tempat dia berjanji untuk bertemu dengan rakan sekolahnya.

Katanya, mereka merancang untuk pergi bersama menghadiri majlis persaraan pengetua sekolahnya. Namun ketika melalui Jalan Padi Huma 1, dia didatangi suspek dan rakannya.

"Suspek dan rakannya itu pada mulanya hendak meragut di kawasan Bandar Baru Uda, namun, hasrat terbantut setelah ternampak sebuah kereta peronda polis.

"Ketika melalui jalan tersebut, mereka ternampak Syafiqah berjalan berseorangan lalu mengekorinya yang berhenti di hadapan sebuah rumah tempat biasa beliau menunggu bas sekolah," katanya.

Tambahnya, mangsa yang menyedari diekori cuba melarikan diri tetapi dikejar sebelum berjaya ditangkap.

Katanya, ketika mangsa ditangkap berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan Syafiqah tergelincir lalu jatuh ke dalam longkang sedalam 7 kaki.

"Rakan suspek yang hanya berperanan sebagai pemerhati dari atas longkang tidak berganjak dari tempat itu sementara suspek pula terus mengambil kesempatan merogol mangsa.

"Suspek kemudian menutup mulut serta menekan mangsa ke dalam longkang yang mengandungi air ekoran tindakannya yang meronta-ronta dan menjerit sebelum melarikan diri meninggalkan mangsa," ujarnya.

Katanya, mayat mangsa ditemui selepas dua hari ibu bapanya membuat laporan mengenai kehilangan Syafiqah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.