VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 06/06/2012

KVKM sambut ulang tahun ke-25

Antara program yang dianjurkan KVKM di Sarawak.

KEWUJUDAN Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) bukanlah semata-mata atas dasar suka-suka atau 'syok sendiri'. Sebaliknya, kelab berkenaan ditubuhkan bertujuan membantu dari segi kebajikan bekas anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) atau lebih sinonim dengan gelaran komando.

Presidennya, Leftenan Kolonel (B) Nik Omar Al Haded Nik Mohamed Salleh berkata, kelab berkenaan berfungsi memberi bantuan kepada bekas ahli RGK bukan sekadar dari aspek kewangan tetapi juga tenaga.

Katanya, kelab yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu itu mungkin tidak mampu memberi keselesaan kepada setiap bekas anggota RGK tetapi, beliau sebagai peneraju akan berusaha sebaik mungkin membela nasib ahli-ahlinya.

"Kelab ini sudah pun berusia 25 tahun dan saya percaya sejak ia ditubuhkan, bekas-bekas anggota komando banyak mendapat manfaatnya.

"Kami mungkin tidak begitu popular tetapi kami sebenarnya sentiasa bergerak dan menjalankan aktiviti yang membantu bekas-bekas komando. Antaranya seperti pemberian sumbangan dan bantuan-bantuan lain yang melibatkan tenaga fizikal.

"Seperti baru-baru ini, rumah seorang bekas komando rosak kerana dilanda banjir teruk, kami sebagai kelab yang menjaga kebajikan ahli serta bekas anggota sanggup turun padang bersama-sama membantu membaiki apa yang rosak, membersih apa yang kotor," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumah KVKM baru-baru ini.

KVKM ditubuhkan pada 18 April 1987 dengan objektif mahu menjaga kebajikan bekas anggotanya setelah tamat tempoh perkhidmatan.

Sejak ditubuhkan 25 tahun lalu, kelab berkenaan terus berkembang ke setiap negeri sehinggalah berjaya diperluaskan ke seluruh Semenanjung tanah air.

Menurut Nik Omar, memandangkan tahun ini genap 25 tahun penubuhannya, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk meraikan sambutan jubli perak kelab itu.

"Kami telah merancang pelbagai aktiviti sempena sambutan jubli perak kelab. Antaranya ialah Hari Keluarga di mana semua ahli kelab berkumpul dan berkampung di Kem Sungai Udang, Melaka yang merupakan 'rumah' kepada anggota komando pada 20 dan 21 April lalu bagi meraikan enam anggota perintis komando yang masih hidup.

"Selain itu, ada juga beberapa aktiviti lain seperti kejohanan golf amal yang antara lainnya bertujuan merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli kelab. Acara kemuncak kepada sambutan Jubli Perak KVKM pula adalah majlis makan malam bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad" jelasnya.

Bagaimanapun, Nik Omar masih kecewa dengan penyertaan bekas-bekas komando dalam kelab berkenaan.

Katanya, masih ramai lagi bekas-bekas anggota RGK tidak mendaftar sebagai ahli dan menggesa mereka berbuat demikian agar memudahkan kelab menyalurkan bantuan atau sumbangan sekiranya memerlukan.

"Saya berharap lebih ramai lagi bekas-bekas komando akan mendaftar dengan kelab. Sukar bagi kami untuk menjejaki bekas-bekas komando yang berada dalam kesusahan khususnya di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak.

"Jadi, daftarlah supaya kami boleh menyalurkan sebarang bantuan atau sumbangan sekiranya keadaan memerlukan," ujarnya.

Nik Omar memberitahu, bekas-bekas komando yang masih belum mendaftar dan mahu mendapatkan lebih maklumat mengenai kelab serta aktiviti yang dijalankan boleh terus menghubungi talian 012-6380697.

Majlis makan malam KVKM bersama dr. Mahathir

Dalam pada itu, Nik Omar menjemput semua ahli KVKM termasuklah bekas-bekas presiden terdahulu kelab supaya hadir pada majlis makan malam bersama penaung kelab berkenaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Jun ini di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Katanya, majlis makan malam tersebut dianjurkan bagi meraikan veteran-veteran komando yang telah berkhidmat di dalam RGK dari 1965 hingga ke 1970.

"Selain daripada kumpulan tersebut, mereka yang akan diraikan ialah ahli-ahli veteran komando yang mendapat kecederaan kekal semasa peperangan menentang pengganas komunis.

"Kelab juga akan menjemput anak-anak yatim dari asrama yang berdekatan dengan Kuala Lumpur untuk ke majlis itu," katanya.

Menurut Nik Omar, ahli yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai majlis makan malam tersebut boleh menghubungi talian sama iaitu 012-6380697.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.