VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 30/05/2012

Alumni PLKN teruskan semangat sukarelawan

Peserta program gembira menyertai Program Khidmat Komuniti Perdana di Sekolah Menengah Hutan Melintang, Bagan Datoh, baru-baru ini.

KIRA-kira 2,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, Bagan Datoh baru-baru ini bagi menyempurnakan Program Khidmat Komuniti Perdana anjuran Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Bekas pelatih dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu adalah sukarelawan yang terdiri daripada ahli Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN), jurulatih PLKN, sukarelawan Rela, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), Majlis Belia Malaysia (MBM), St.John Ambulan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama dalam 1Malaysia Corps.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, semenjak PLKN dimulakan pada 2004 hingga sekarang, lebih setengah juta remaja telah mengikuti latihan PLKN.

Menurutnya, penerimaan terhadap program itu juga merupakan satu petanda baik ke arah usaha kerajaan merealisasikan aspirasi 1Malaysia.

''1Malaysia dibina berasaskan kepada Perlembagaan, pelbagai polisi dan undang-undang, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Misi Nasional,'' katanya.

Selain itu, matlamat 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya maju, produktif dan berdaya saing melalui pengamalan budaya berprestasi tinggi, ketabahan, hormat-menghormati, budaya ilmu, integriti, kebijaksanaan, rendah hati dan kesetiaan.

Katanya, budaya tersebut hanya dapat ditimba dan diterapkan dalam diri remaja Malaysia melalui modul-modul PLKN semasa mereka menjalani PLKN.

Menurutnya, ini kerana remaja daripada pelbagai kaum dan etnik dapat dikumpulkan dalam beberapa siri latihan dan secara tidak langsung mereka dapat mengenali budaya masing-masing.

''Melalui sikap keterbukaan itu ia dapat membantu dalam pembentukan perpaduan dan keharmonian dalam negara. Ini secara tidak langsung dapat membentuk sikap penerimaan antara kaum yang dapat mengukuhkan lagi perpaduan dan seterusnya membolehkan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Menyedari hakikat itu, Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) ditubuh dan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 4 Februari 2012 di Tasik Chini bertujuan memberi peluang kepada bekas pelatih PLKN membantu melaksanakan tugasan serta kerja-kerja sukarelawan ketika negara memerlukannya.

"Khidmat anggota BSKN akan digembleng dalam apa jua situasi bagi memastikan mereka diberi pendedahan yang berguna selain dapat berbakti kepada masyarakat dan negara," katanya.

Dr. Ahmad Zahid memberitahu, Program Khidmat Komuniti Perdana itu merupakan program pertama yang melibatkan ahli BSKN yang akan menjalankan kerja-kerja kesukarelaan di sekitar kawasan kampung.

''Mereka akan dibahagi-bahagikan ke dalam kumpulan dan akan digerakkan ke kampung-kampung berhampiran.

''Ini merupakan salah satu tugas atau tanggungjawab terhadap masyarakat yang dianggap sebagai pemangkin kepada program akan datang,'' katanya.

Sekiranya semangat itu dikekalkan pada masa depan, beliau berkata, kerja-kerja kesukarelaan tersebut pasti menjadi kebiasaan atau rutin dalam kehidupan orang ramai.

Berlandaskan aspirasi kerajaan ke arah menyatukan rakyat yang berbilang kaum, 1Malaysia Corps menepati intipati tersebut dengan misi penggemblengan kumpulan belia sukarelawan daripada pelbagai bangsa untuk berusaha merealisasikan aktiviti transformasi pembangunan negara berlandaskan semangat 1Malaysia.

Antara projek yang dikenalpasti berpotensi untuk dilaksanakan adalah seperti mendidik dan mengasuh kanak-kanak luar bandar dan kurang berkemampuan di bandar serta memanfaatkan tenaga secara berkesan dalam melaksanakan program kerajaan.

Projek lain ialah membantu NGO dalam menangani masalah sosial serta membantu mereka yang memerlukan, menyediakan bantuan pencegahan serta pengurusan bencana.

Oleh itu melalui penubuhan dan pelaksanaan briged tersebut bersama-sama 1Malaysia Corps, ia dapat membantu usaha kerajaan untuk menjadikan belia Malaysia terutamanya Alumni PLKN sebagai belia yang berjaya dan disegani.

"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kalau tidak mula bertindak, sampai bila-bila kita tidak akan ke mana-mana,'' ujar Ahmad Zahid.

Katanya, negara kini semakin pesat membangun dan ia mestilah diiringi dengan pembentukan belia-belia yang lebih patriotik dan cintakan negara agar kestabilan serta keharmonian negara dapat dipertahankan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua Alumni PLKN mempunyai pemikiran lebih terbuka, efisien, berdaya saing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Katanya, penubuhan Briged PLKN akan menjadi medan terbaik untuk semua bertemu dan mengeratkan silaturahim di samping memastikan ia sentiasa relevan dengan keperluan negara dari segi keselamatan dan kesukarelaan yang boleh diterima baik masyarakat dan lebih bersifat "1 Malaysia".

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.