VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 04/05/2013

PRU-13: Pengundi perlu bijak memilih kerajaan

KUANTAN 4 Mei - Para pengundi diingatkan agar membuat pilihan bijak sama ada memilih kerajaan yang komited dalam memperjuangkan nasib rakyat atau kerajaan bersandarkan kepada slogan semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, seharusnya setiap masyarakat bijak membuat penilaian dan tidak keliru atau termakan hasutan pembangkang dalam menentukan masa depan negara serta generasi akan datang.

"Jangan kita keliru dalam menentukan siapa yang layak dipilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana Barisan Nasional (BN) telah membuktikan mampu mentadbir negara dan membela nasib serta kebajikan rakyat.

"Pakatan pembangkang harus ditolak kerana mereka merupakan parti yang membela diri sendiri dan kroni-kroni tanpa memperjuangkan nasib rakyat secara keseluruhan.

"Kegagalan pakatan pembangkang telah terbukti apabila manifesto mereka di beberapa negeri di bawah pentadbiran mereka tidak ditunaikan tetapi hanya kedengaran laungan slogan dan cogan kata," kata beliau.

Beliau berucap di hadapan lebih 3,000 orang yang hadir di Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Padang MPK2 di sini malam ini.

Turut hadir calon BN di Parlimen Indera Mahkota, Datuk Wan Adnan Wan Mamat; calon BN di Parlimen Kuantan, Datuk Mohamad Sufian Awang; calon BN Dewan di Undangan Negeri (DUN) Semambu, Datuk Phang Tsu Ming; calon BN DUN di Beserah, Datuk Mohd. Hazmi Yusof; calon BN di DUN Tanjung Lumpur, Datuk Tengku Zulkifly Tengku Ahmad dan calon BN di DUN Teruntum, Datuk Chang Hong Seong. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.