VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 28/04/2013

Sokongan BN meningkat di Perlis

KANGAR 27 April - Barisan Nasional (BN) yakin masih menjadi pilihan rakyat negara ini termasuk di Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan peningkatan sokongan sejak kebelakangan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berdasarkan pemantauan BN di semua tempat termasuk di kawasan-kawasan 'panas'.

"Kita tahu tentang kawasan ini, di Arau, Simpang Empat dan Sanglang, kita ada maklumat, profil mengenainya untuk memudahkan gerak kerja dilakukan," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 di Dewan 2020 di sini hari ini.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berkata, rakyat kini semakin memberi kepercayaan kepada BN berdasarkan sambutan diberikan terhadap program anjurannya.

"Gerak kerja BN meningkat, laporan mendapati petugas parti lebih cergas, ceramah semakin dihadiri ramai walaupun pakatan pembangkang mengatakan program mereka dihadiri 10,000 ke 20,000 tetapi jumlah melibatkan BN lebih besar," tambah beliau.

"Ini merupakan antara petanda baik untuk BN mencapai kejayaan pada PRU-13," tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.