VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 27/04/2013

Tabiat seks punca Chandra tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 26 April - Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Chandra berkata, walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar homoseksual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional: Pakatan Tak Sepakat-Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.

Pada 2010, sebuah akhbar Australia yang memperoleh maklumat sulit WikiLeaks mendedahkan, Kuan Yew pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau mempercayai Anwar melakukan aktiviti liwat bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 turut mendedahkan agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah pintasan komunikasi.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatil Badru Tun Said Keruak berkata, beliau secara peribadi percaya dan yakin Anwar seorang yang 'berpenyakit'.

Sehubungan itu beliau meminta Presiden PKR dan juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bersubahat dengan individu seperti itu.

Sepatutnya beliau berkata, Anwar diberikan nasihat dan dalam masa sama Penasihat PKR itu perlu meminta maaf kepada semua pihak.

''Saya ketika dahulu tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar tetapi kini saya yakin bahawa Anwar sangat berbahaya. Saya minta Anwar meminta maaf kerana beliau mempunyai 'penyakit'.

''Tidak guna kita bersubahat dengan individu sebegini. Saya juga kasihan terhadap apa yang menimpa sahabat saya. Kita jangan beri peluang kepada Anwar dan bagaimana kita boleh seorang ketua yang 'berpenyakit' sebegini?,'' ujarnya.

Sementara itu, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengulangi kenyataannya sebelum ini yang bertindak meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar, semuanya memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian.

''Selepas siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30 tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing. Pakar rujuk saya adalah Dr. Chandra.

''Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar,'' tegasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.