VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 26/04/2013

PRU-13: Nurul Izzah terus main isu pengundi hantu

NURUL Izzah Anwar ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tatah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 25 April - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar masih terus memainkan isu pengundi hantu ketika berkempen di Kampung Datuk Tatah, di sini malam tadi.

Beliau yang sebelum ini dibidas para penduduk di Lembah Pantai kerana jahil tentang sejarah perkampungan setinggan di kawasan berkenaan sehingga menuntut pembatalan 4,000 pemilih yang didakwa pengundi hantu.

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu juga kekeringan isu untuk berkempen sehingga terpaksa memuji pentadbiran kerajaan Selangor yang ditadbir oleh PKR.

Bagaimanapun, beliau tidak pula menjawab keluhan para pengundi di Lembah Pantai yang kecewa dengan sikapnya yang jarang turun padang dan tidak membawa sebarang kemajuan selama lima tahun menjadi ahli Parlimen di kawasan tersebut.

Sebaliknya tanpa ada perasaan malu, Nurul Izzah masih lagi ada hati menagih simpati pengundi agar memberi sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Untuk itu, beliau menabur janji untuk menyelesaikan isu jual beli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan menjual pada harga asal tanpa faedah. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.