VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 24/04/2013

PRU-13: Nik Aziz sokong Haron soal hudud

KOTA BHARU 24 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong kenyataan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din bahawa parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Nik Abdul Aziz, yang dua hari lalu memberi gambaran bahawa hudud kini menjadi perkara kedua dalam perjuangan parti itu kerana keutamaan mereka sekarang adalah untuk membentuk kerajaan Pusat, berkata Pas tetap yakin boleh melaksanakan hukum berkenaan sekiranya menang Putrajaya.

"Hukum hudud ini jelas dalam agama Islam, sokong atau tidak sokong ianya adalah asam garam daripada al-Quran sendiri. Walaupun mendapat tentangan daripada DAP, hudud ini kita buat pada (orang) Islam sahaja dan dia (hukum hudud) ini akan diluluskan oleh satu badan yang kita panggil kehakiman bukannya daripada orang politik.

"Badan kehakiman ada syarat-syarat dia, tak cukup syarat dia maka turun hudud kepada takzir, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod, sudah ditulis sejak bertahun-tahun dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.