VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 22/04/2013

Rakyat Tanah Merah diajak buat perubahan

TANAH MERAH 21 April - Rakyat di kawasan Parlimen Tanah Merah diajak membuat perubahan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ikmal Hisyam Abdul Aziz berkata, perubahan tersebut perlu dilakukan selepas wakil rakyat sebelum ini gagal membawa kemajuan biarpun diberi mandat untuk menerajui Parlimen Tanah Merah dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Panau, Kemahang dan Gual Ipoh.

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat di kawasan itu membuat perubahan dengan memilih kerajaan BN yang telah terbukti berjaya membela nasib dan menunaikan janji sebelum ini.

Katanya, rakyat Tanah Merah perlu menolak wakil rakyat yang gagal membawa perubahan di kawasan termasuk tiga DUN yang mereka menangi pada PRU sebelum ini.

"Saya yakin dan percaya sekiranya BN diberikan mandat untuk menerajui kawasan parlimen dan tiga DUN, lebih banyak perubahan dapat dilaksanakan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat.

''Selain itu, kita juga dapat melakukan transformasi bagi meletakan parlimen Tanah Merah setanding dengan kawasan yang telah maju sebelum ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan pemenang cabutan bertuah sempena Program Bekwoh Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) pada 15 Mac lalu.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah calon BN di kawasan DUN Bukit Panau, Baharudin Yusoff yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah.

Pada majlis tersebut, seorang penoreh getah Abdul Razak Che Omar, 43, dari Kampung Berchang, Bukit Panau di sini menjadi pengunjung bertuah apabila memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Viva.

Ketika ditanya mengenai pertarungan tiga penjuru yang bakal dihadapi beliau pada PRU-13 nanti dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas, Ikmal Hisham memberitahu situasi tersebut tidak mengugat peluangnya.

Malah beliau yakin dan percaya rakyat di kawasan Tanah Merah mampu membuat keputusan bijak dengan memilih calon-calon BN pada PRU-13 nanti.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.