VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 21/04/2013

Analisis PRU-13: Baling bakal ditawan BN

SEJAK tahun lalu, nama Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang juga Ketua Wanita UMNO Baling sering disebut-sebut berpotensi menjadi calon kerusi Parlimen Baling namun dalam pengumuman calon BN pada 16 April lalu, nama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tiada dalam senarai calon.

Semalam, calon BN bagi kerusi itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ketua UMNO bahagian tersebut menghantar borang penamaan calon di Pejabat Daerah Baling. Sememangnya beliau pemimpin paling layak dan berstatus 'boleh menang'.

Pemerhati politik menganggap jika Mashitah dipilih maka ia adalah pilihan tepat tetapi jika Abdul Azeez pula dipilih maka ia adalah pilihan yang lebih tepat bagi memastikan kemenangan BN.

Realiti hari ini, sesetengah pemimpin politik akan berasa kecewa hingga mungkin mengambil tindakan yang 'bukan-bukan' termasuk bertanding Bebas seperti yang berlaku di beberapa kerusi semalam akibat tidak dicalonkan.

Namun sikap negatif itu tiada dalam batang tubuh Mashitah, sebaliknya beliau menunjukkan contoh terbaik kepada ahli-ahli parti malah kepada seluruh rakyat negara ini tentang peri pentingnya nilai-nilai kesetiaan, tidak khianat, mentaati pucuk pimpinan dan menjaga keharmonian.

Barang kali, latar belakang beliau sebagai ilmuan agama memberi pedoman yang memberi kekuatan ketika diuji dalam mana-mana situasi getir apatah lagi menjadi pemimpin tanggungjawabnya amat berat di akhirat kelak bagi mereka yang meminta-minta.

Mashitah bersama lebih 5,000 penyokong BN tampil mengiringi Abdul Azeez dan calon BN Kuala Ketil, Mohd. Khairul Azhar Abdullah serta calon BN Bayu, Azmi Che Husin.

"Saya meminta seluruh jentera Wanita BN untuk sama-sama dan dengan lebih giat lagi berkerja dan berkempen selama 15 hari ini.

"Kita mahu memastikan BN menang dengan majoriti lebih dua pertiga dan merampas balik Parlimen Baling daripada pembangkang serta mengekalkan DUN Bayu," tegasnya.

Apapun, Baling yang sering dikaitkan sebagai kubu kuat Pas sebenarnya kini sudah jauh berubah malahan sokongan rakyat kepada Pas sudah lama pudar dan tidak lah sekuat mana.

Masyarakatnya yang dianggap penduduk luar bandar sudah serik duduk di bawah wakil rakyat Pas yang terbukti gagal menunaikan tanggungjawab membawa kemajuan dan pembangunan kepada penduduk.

Pengaruh Pas semakin merosot secara mendadak hingga ramai ahli-ahlinya keluar daripada parti dan sebab itu misi parti itu untuk mempertahankan kerusi Baling dijangka boleh berkecai pada 5 Mei ini.

Seorang penduduk, Zamri Yaakob, 47, ketika berbual dengan penulis selepas solat Zohor di Masjid Kupang memberitahu, penduduk cukup gembira dengan perkhidmatan Abdul Azeez selaku Penyelaras Parlimen Baling yang turun padang membantu penduduk tanpa mengira waktu dan latar belakang politik.

"Beliau bantu orang sungguh-sungguh, orang susah sama ada BN, Pas atau siapa sahaja yang layak akan dibantu.

"Kami tahu beliau (Azeez) orang baik, suka tolong orang dan selalu bersedekah kepada orang miskin dan memerlukan," kata Zamri yang dikenali sebagai Pak Su sambil memegang al-Quran.

Kebiasaan Pak Su ialah membaca al-Quran sebentar selepas selesai menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid itu namun sebelum itu beliau berkata lagi, ramai penduduk menghargai dan terhutang budi dengan kerja buat Abdul Azeez dan sebab itu Pak Su percaya peluang BN menawan Baling cukup cerah.

Jadi, terserah kepada pengundi untuk membuat pilihan melalui undi mereka pada 5 Mei ini. Ayuh penduduk Baling! - UTUSAN ONLINE

(Penulis adalah Ketua Biro Utusan di Kedah)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.