VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 21/04/2013

168 calon wanita dalam PRU-13

KUALA LUMPUR 20 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 turut menjadi medan perjuangan politik kepada golongan wanita selepas sebanyak 168 orang atau lapan peratus daripada keseluruhan 1,900 calon yang bertanding sama ada mewakili Barisan Nasional (BN), pembangkang mahupun Bebas di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 56 wanita bertanding di kerusi Parlimen manakala 112 calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1,900 calon yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang membabitkan sebanyak 579 calon Parlimen dan 1,321 calon DUN.

Selain Barisan Nasional (BN) yang menampilkan sebanyak 22 calon wanita di Parlimen dan 49 di Dewan Undangan Negeri (DUN), pembangkang turut tidak ketinggalan mengetengahkan golongan wanita mewakili parti mereka.

Pas misalnya, menampilkan sebanyak 25 calon wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 30 calon, DAP (22 calon) manakala selebihnya mewakili pelbagai parti politik lain.

Beberapa calon wanita yang mewakili BN juga bertanding menentang calon wanita pembangkang seperti di Parlimen Ampang yang menyaksikan calon BN, Dr. Rozaidah Talib bertemu satu lawan satu dengan penyandang kerusi itu, Zuraida Kamaruddin daripada PKR.

Di Dun Rahang, calon BN, Julia Wong Pik Min berdepan calon DAP, Marry Josephine Prittam Singh sementara di DUN Penawar menyaksikan calon BN, Hamimah Mansor menentang calon Pas, Anis Afida Mohd. Azli.

Antara calon berpengalaman Wanita BN yang dikekalkan kali ini termasuk penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, penyandang kerusi Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Turut dikekalkan, penyandang Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, penyandang Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Azizah Mohd. Dun di Parlimen Beaufort.

Calon wanita BN di Sarawak yang turut dikekalkan ialah penyandang Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri manakala di Sabah, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kekal bertanding di Parlimen Papar.

Selain Zuraida di Ampang, pembangkang turut mengekalkan Elizabeth Wong di DUN Bukit Lanjan, penyandang Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff dan wakil rakyat PKR, Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan serta penyandang Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.