VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 21/04/2013

PRU-13: Pembangkang goyah di DUN Rahang, Ampangan

SEREMBAN 21 April - Pakatan pembangkang Negeri Sembilan berada pada kedudukan yang goyah untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng dan mempertahankan kerusi DUN Rahang dan Ampangan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Bekas Ahli Parlimen DAP Seremban, John Fernandez berkata, pakatan pembangkang akan melalui jalan sukar memenangi DUN Lenggeng kerana calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu, Datuk Ishak Ismail sudah dikenali di kalangan pengundi.

"Ishak sudah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tiga penggal," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Pada PRU-13 kali ini, selain Ishak, DUN Lenggeng menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar dan calon Bebas, Zulkifli Abdullah.

John yang telah meninggalkan DAP dan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum kali ini memberitahu, pakatan pembangkang juga goyah untuk mempertahankan DUN Rahang dan Ampangan yang dimenanginya pada 2008.

Katanya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Rahang, M.K. Arumugam tidak dapat berkhidmat kerana masalah kesihatan.

"Di Ampangan, ADUN PKR, Rashid Latiff tidak begitu aktif membantu rakyat," ujarnya.

Pada pilihan raya umum kali ini, kedua-dua calon itu digantikan oleh Timbalan Ketua Wanita DAP kebangsaan, Mary Josephine Prittam Singh bagi kerusi DUN Rahang dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas bagi DUN Ampangan. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.