VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 20/04/2013

PRU-13: 2 calon lawan Azalina di Pengerang

KOTA TINGGI 20 April - Kerusi Parlimen Pengerang yang sejak dua penggal lalu dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Azalina Othman Said menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PKR dan calon Bebas.

BN kekal diwakili Azalina, manakala penyanyi era 80-an, Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid mewakili PKR dan calon Bebas, Mohd. Azaman Johari.

Kesemua mereka yang diiringi seorang penyokong dan pencadang menyerahkan kertas penamaan pencalonan di Dewan Bandaran Bandar Penawar di sini.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar, penyandang kerusi itu, Hamimah Mansor daripada BN ditentang calon Pas, Anis Afida Mohd. Azli, manakala DUN Tanjung Surat pula menyaksikan pertandingan antara Datuk Syed Sis Syed A. Rahman daripada BN dan calon PKR, Hasnul Ahmad.

Senarai nama kesemua calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pengerang, Azman Mohamed Shah di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Bandaran Bandar Penawar, Pengerang, di sini pukul 12.20 tengah hari ini.

- UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.