VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 20/04/2013

PRU-13: Ikmal Hisyam ditentang 2 calon di Tanah Merah

TANAH MERAH 20 April - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ikmal Hisyam Abdul Aziz akan menghadapi tentangan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Tanah Merah pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmud Nik Hassan dan calon Bebas, Ahmad Fizal Che Harun.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah itu yang diiringi lebih 15,000 penyokong tiba di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah di sini pada pukul 9 pagi dan mengemukakan borang pencalonan 15 minit kemudian.

Ikmal Hisham yang segak berpakaian baju Melayu bewarna ungu diiringi tiga calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Panau Baharudin Yusof, Mohd Bakri Mustapha (DUN Gual Ipoh) dan calon wanita, Dayang Saniah Awang Hamid (DUN Kemahang).

Sementara itu, ketiga-tiga calon BN bagi DUN akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.