VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 19/04/2013

PRU-13: Dr. Mazlan imamkan solat hajat, bacaan Yasin

CALON BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mengetuai majlis doa selamat selepas solat hajat dan bacaan Yasin di Permatang Pauh, di sini malam ini. =- UTUSAN

BUKIT MERTAJAM 19 April - Kepimpinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail terserlah apabila beliau mengimamkan solat hajat dan bacaan Yasin perdana di sini malam ini.

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong BN termasuk calon-calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ibrahim Ahmad; DUN Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah dan DUN Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya.

Mazlan merupakan taruhan BN untuk menumbangkan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, majlis solat hajat dan bacaan yasin itu diadakan bagi memohon kepada Allah supaya memberkati perjuangannya dan tiga lagi calon BN di tiga DUN di kawasan Parlimen itu.

"Ini adalah salah satu usaha spiritual kita bagi menghadapi cabaran pada pilihan raya kali ini," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.