VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 19/04/2013

PRU-13: Artis propembangkang jangan hanya tahu kritik kerajaan

KUALA LUMPUR 19 April - Artis-artis propembangkang diingatkan supaya memberi tumpuan kepada agenda perjuangan masing-masing semasa berkempen dan bukannya hanya tahu mengkritik kerajaan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, hal itu kerana kerajaan telah banyak berjasa dan merancang pembangunan lebih baik kepada industri hiburan dan seniman-seniman tempatan.

Katanya, antara jasa kerajaan adalah memperkenalkan skim insurans kepada semua ahli seniman, skim perumahan untuk seniman, kad diskaun, kemudahan pembiayaan perumahan dan kenderaan dan banyak lagi.

"Jangan hanya tahu kutuk kerajaan kerana banyak kerajaan telah buat dan bela golongan seniman," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Zed Zaidi, beliau setakat ini pernah menerima kecaman daripada artis-artis propembangkang sejurus membuat kenyataan berunsur nasihat terhadap mereka yang menyertai politik.

Jelasnya, artis-artis propembangkang ini akan mengecam beliau menerusi laman media sosial seperti Twitter, Facebook dan blog-blog.

"Salah satu kecaman dan tuduhan mereka adalah saya ini merupakan kuli UMNO. Mereka juga kata saya hanya pandai bercakap, tidak cukup fakta dan apa sahaja yang saya buat dalam persatuan tidak sah sebagai presiden," ujarnya.

Setakat ini, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin mengesahkan akan bertanding atas tiket Pas di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dan Dayangku Intan bertanding di Parlimen Pengerang, Johor.

Antara artis yang aktif berpolitik di pentas pembangkang ialah Bob Lokman, Yassin, Hairie Othman, Abby Abadi dan Abu Bakar Omar. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.