VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 19/04/2013

PRU-13: DAP Kedah makin 'kacau', calon enggan bertanding

ALOR SETAR 19 April - Dalam tempoh kurang 24 jam sebelum hari penamaan calon esok, masalah dalaman pakatan pembangkang membabitkan pembahagian kerusi semakin serius apabila calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman, Dr. Lim Sin Keat enggan bertanding.

Sin Keat membuat keputusan tersebut sebagai protes kepada keputusan DAP Pusat yang menggugurkan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga merupakan penyandang kerusi DUN Kota Darul Aman itu.

Beliau turut mendesak kepimpinan DAP Pusat untuk mempertimbangkan semula keputusan berkenaan supaya Guan Aik dapat bertanding semula di kerusi itu.

"Saya tidak akan menerima watikah pencalonan ini. Ini pendirian muktamad saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sin Keat diumumkan sebagai calon DUN Kota Darulaman oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu mesyuarat yang diadakan pada Khamis lalu.

Nama Sin Keat sebelum ini disebut-sebut untuk mewakili DAP bagi Parlimen Alor Setar jika parti itu berjaya menuntut kerusi berkenaan daripada PKR namun ditolak. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.