VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 19/04/2013

PRU-13: BN yakin lakukan kejutan di Pasir Puteh

PASIR PUTEH 19 April - Barisan Nasional yakin akan melakukan kejutan dengan merampas kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pasir Puteh pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua UMNO bahagian yang juga calon BN bagi DUN Semerak, Zawawi Othman berkata, keyakinan itu mengambil kira krisis dalamanan yang melanda Pas kawasan berikutan rasa tidak puas hati ahli-ahli parti itu di atas pemilihan calon mereka.

Beliau berkata, krisis dalaman Pas kawasan tersebut terbukti apabila ada kumpulan dalam Pas mahu meletakkan calon sendiri sebagai membantah keputusan pucuk pimpinan parti terus meletakkan `calon panas' dengan tidak mengendahkan permintaan ahli di peringkat akar umbi.

Katanya, berdasarkan sumber, kumpulan tersebut sudah mengambil borang penamaan calon dan sekiranya mereka meneruskan hasrat tersebut, pertandingan tiga penjuru diramal berlaku di Selising.

"Manakala bagi DUN Semerak, penampilan bekas Pengarah Pilihan Raya Pas DUN kawasan itu, Shokri Md. Nor, yang berceramah di pentas UMNO adalah reaksi positif kepada kedudukan BN di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memperkenalkan calon-calon BN yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut di sini malam tadi.

Pada PRU-13 ini, BN mencalonkan Tuan Mustaffa Tuan Mat bagi kerusi Parlimen, Zulkifli Ali (DUN Selising), Mohd. Rujhan Salleh (Limbongan), Redzuan Stapha (Gaal) dan Zawawi sendiri di DUN Semerak. Selain Tuan Mustaffa, calon-calon lain adalah muka baharu. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.