VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 18/04/2013

PRU-13: Seng Kok tidak akan berdebat dengan calon PKR

KUALA LUMPUR 18 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok menegaskan, beliau tidak akan berdebat dengan pesaingnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen kerana berpendapat ia tidak memberi sebarang manfaat.

Sebaliknya, menurutnya, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian berkempen untuk mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Ini menjadi kebiasaan untuk pakatan pembangkang membuat agenda politik tersendiri bagi meraih sokongan undi daripada penduduk di sekitar kawasan tersebut, antaranya adalah mengajak berdebat.

"Adakah mereka sedar terdapat banyak penduduk yang tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri sejak penyandang sebelum ini berkhidmat. Contohnya, pemberian elaun kepada ibu tunggal, air percuma, pengurangan cukai taksiran dan lain-lain lagi, kenapa sehingga sekarang belum menunaikan janji tersebut?

"Saya menasihati agar mereka membuat sesuatu yang berfaedah untuk rakyat," katanya selepas merasmikan bilik Gerakan Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Kelana Jaya (P.104) di sini hari ini.

Turut hadir, calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Gan Meng Foo; Pengerusi MCA Bahagian Kelana Jaya, Ong Chong Swen.

Beliau mengulas kenyataan Wong Chen yang juga Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang akhbar hari ini yang mengajak Seng Kok untuk berdebat dengannya.

Seng Kok merupakan Ahli Parlimen Kelana Jaya dari tahun 2004 hingga 2008.

Beliau digugurkan sebagai calon pada tahun 2008 dan kemudian memberi tumpuan penuh pada kegiatan kepartian. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.