VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 18/04/2013

PRU-13: Pas Kedah umum calon tanpa DAP

ALOR SETAR 18 Mac - Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini, krisis pembahagian kerusi pakatan pembangkang Kedah masih belum selesai apabila majlis pengumuman calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini malam tadi dilakukan tanpa senarai calon dari DAP.

Senarai calon bagi Pas Kedah diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sementara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Izham Ramli.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md. Nor selaku pengerusi majlis memaklumkan ketidakhadiran wakil DAP Kedah untuk mengumumkan calon pihak mereka disebabkan kegagalan parti itu memuktamadkan calon mereka ekoran kerusi yang dituntut mereka daripada PKR Kedah.

DAP Kedah baru-baru ini membuat kenyataan mahu PKR menyerahkan kerusi DUN Bakar Bata dalam Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Arang (Sungai Petani) selain menawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar.

Pengumuman tersebut bagaimanapun jelas tidak 'diiktiraf' oleh PKR Kedah apabila mengumumkan calon bagi kesemua kerusi yang bakal ditandinginya, termasuk di Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Bata serta DUN Bakar Arang dalam majlis malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.