VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 17/04/2013

PRU-13: Pas Negeri Sembilan tukar calon lawan Shaziman

SEREMBAN 17 April - Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu, Pas Negeri Sembilan hari ini bertindak menggugurkan seorang calonnya iaitu di kerusi Parlimen Tampin dan menggantikan dengan calon lain.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani berkata, Yang Dipertua Pas Tampin, Zakaria Khalim yang dicalonkan sebelum ini dan dijangka berdepan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di kerusi itu digantikan dengan Razakek Abdul Rahim.

"Kedua-dua nama tersebut (Zakaria dan Razakek) berada dalam senarai pendek untuk kerusi Parlimen Tampin tapi menjelang saat-saat akhir ini kita berbincang semula mengenai calon yang lebih sesuai.

"Kita mendapati Zakaria tidak bersedia menjadi calon pada pilihan raya ini jadi kita tukar kepada calon nombor dua dalam senarai kerusi itu iaitu Razakek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.