VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 17/04/2013

PRU-13: Abdullah yakin BN akan pertahan Kepala Batas

KEPALA BATAS 17 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas sekali pun ditandingi muka baharu.

Abdullah yang juga penyandang kerusi parlimen itu, berkata ini kerana calon yang dikemukakan BN iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merupakan anak tempatan yang turut mendapat sokongan dan kerjasama masyarakat setempat.

"Calon-calon yang dipilih adalah orang daripada Kepala Batas, orang tempatan bukan orang luar. Hanya orang kelahiran sini sahaja boleh diterima masyarakat di sini, bukan orang luar yang tidak pernah dilihat," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Abdullah sebelum itu memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) di situ iaitu Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal.

Beliau diminta mengulas kenyataan pembangkang yang yakin dapat merampas kerusi parlimen berkenaan. Abdullah merupakan penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas selama tujuh penggal sejak 1979.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang dengan majoriti 23,445 undi mengatasi calon PAS Subri Md Arshad. Abdullah memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Selain itu, DUN Penaga dan Bertam juga masing-masing mengemukakan muka baharu iaitu Mohd Zain Ahmad dan Shariful Azhar Othaman. DUN Sungai Pinang akan dipertahankan penyandang Datuk Roslan Saidin. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.