VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 16/04/2013

PRU-13: Sepupu lawan Azizan Razak di Sungai Limau

FADZILAH MOHD ALI... Calon BN DUN Sungai Limau

ALOR SETAR 16 April - Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ir. Fadzilah Mohd. Ali, 55, yang dijangka menentang Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga sepupunya berharap pengundi memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat mereka di kerusi berkenaan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai itu berkata, secara peribadi dia menghormati sepupunya itu tetapi hakikatnya Azizan gagal membawa perubahan dan pembangunan ketara sepanjang menjadi wakil rakyat di Sungai Limau sejak 1995 termasuk semasa menjadi Menteri Besar Kedah pada PRU 2008.

"Sebagai seorang arkitek profesional yang banyak terlibat dalam projek di dalam dan luar negara termasuk mereka bentuk Kompleks Sukan Nasional di Bukit Jalil, Insya-Allah saya boleh menggunakan pengalaman yang ada untuk memajukan Sungai Limau jika pengundi di sini memberi peluang," katanya selepas diumumkan sebagai calon BN di kerusi berkenaan

Menurut Fadzilah yang juga Penyelaras DUN sungai Limau, sebagai ahli UMNO, dia sedia menggalas tanggungjawab untuk bertanding di kerusi berkenaan meskipun terpaksa berhadapan sepupunya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

''Sebagaimana perumpamaan Melayu, air dicincang tidak akan putus. Kami tetap sepupu dan saya memohon restu ahli keluarga yang lain untuk bertanding. Mereka memberikan reaksi yang pelbagai dan berharap mereka juga dapat melihatnya dari sudut positif," katanya yang juga adik kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Puat. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.