VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 16/04/2013

PRU-13: Raven janji sambung bakti mendiang bapa

JOHOR BAHRU 16 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, K. Raven Kumar berjanji akan mengikut jejak mendiang bapanya, Datuk S. Krishnasamy dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum PRU-13 (PRU-13) ini.

Raven Kumar, 31, yang merupakan Timbalan Ketua Putera MIC negeri diumumkan sebagai calon DUN Tenggaroh menggantikan penyandangnya, T. Murukasvary.

Pemilihan sebagai calon BN di kawasan tersebut yang pernah diwakili oleh mendiang bapanya sebelum ini merupakan satu penghormatan buat dirinya.

"Saya bertekad untuk meneruskan khidmat seperti yang pernah dilakukan oleh bapa saya dahulu sekiranya diangkat oleh pengundi untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Sebagai anak, sudah tentu saya menjadikan mendiang bapa sebagai idola meskipun beliau sudah tiada lagi kerana saya tahu sepanjang hayatnya, dia banyak berbakti kepada rakyat," katanya.

Krishnasamy yang menjadi wakil rakyat Tenggaroh sejak 2004 mati ditembak di dalam lif bangunan MIC Johor di Jalan Segget di sini pada 11 Januari 2008. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.