VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 16/04/2013

Dua menteri Kabinet, seorang Menteri Besar digugur

KUALA LUMPUR 15 April - Sekurang- kurangnya dua menteri Kabinet dan seorang Menteri Besar tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei depan.

Mereka ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut tidak dicalonkan semula ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula akan bertukar ke kerusi Parlimen.

Abdul Ghani dijangka bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Andaian ini diperkuatkan lagi dengan pengumuman calon MCA hari ini yang tidak menyenaraikan Gelang Patah sebagai kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu.

Bagaimanapun terdapat desas-desus menyatakan Abdul Ghani mungkin tidak akan bertanding semula atas permintaannya sendiri.

Dalam pada itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula disebut-sebut akan beralih ke kerusi DUN.

Pilihan raya umum kali ini juga bakal menyaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di dua kerusi iaitu kerusi Parlimen dan DUN.

Selain mempertahankan kerusi Parlimen Jeli, Mustapa dijangka bertanding di satu kerusi DUN.

Timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir juga dikatakan akan berpindah ke kerusi DUN.

Dalam pada itu, terdapat khabar angin yang mengatakan penyandang kerusi Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron tidak akan mempertahankan kerusi tersebut sebaliknya bertanding di DUN.

Sebelum ini, tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) iaitu penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek turut mengumumkan tidak akan bertanding.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.