VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 13/04/2013

PRU-13: KITA umum senarai calon di Kedah

SUNGAI PETANI 13 April - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) malam ini mengumumkan 13 calon untuk bertanding merebut dua kerusi Parlimen dan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon yang akan bertanding di DUN ialah ahli perniagaan, Azhar Ahmad, 49, (Gurun); ahli perniagaan yang juga Pengerusi KITA Kedah, Kamal Nasser Thow Beek; 57, (Bukit Selambau); ahli perniagaan, N. Prebakaran, 46, (Lunas); ahli perniagaan, Vincent Uh, 43, (Sidam); bekas Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Suhaimi Hashim, 50, (Bakar Arang); pensyarah, Datuk Dr. G. Khrisnan, 49, (Kuala Ketil); ali perniagaan, Charean Isen, 34, (Sungai Tiang); bekas pemain bola sepak kebangsaan, Samransak Kram, 27, (Pedu); dan bekas wartawan akhbar berbahasa Tamil, A. Arun, 54, (Merbau Pulas).

Calon bagi kerusi Parlimen pula ialah bekas Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Suhaimi Hashim, 50, (Sungai Petani); dan ahli perniagaan, Sanan Maniratana Eplat, 38, (Pendang).

Kamal Naaser berkata, pihaknya menjangkakan ada lagi calon akan menyusul dan bakal diumumkan sebelum hari penamaan calon pada 20 April ini.

"KITA adalah parti yang neutral dan mempunyai matlamat tersendiri iaitu membentuk kerajaan campuran. Kami menyediakan akternatif kepada rakyat yang bosan dengan pakatan pembangkang dan Barisan Nasional di Kedah," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.