VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 11/04/2013

PRU-13: Isma pertaruh lapan calon atas tiket Berjasa

BANGI 11 April - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menyenaraikan lapan calon untuk bertanding di bawah tiket Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).

Calon-calon yang tersenarai ialah Abdul Halim Abdullah bagi kawasan P128 Seremban, Mohamad Ismail (P107 Subang dan N25 Kajang), Mohd. Hazizi Ab. Rahman (P097 Selayang), Abdul Fisol Md. Isa (P009 Alor Setar dan N22 Gurun), Shaharuzzaman Bistamam (P072 Tapah), Aminuddin Yahaya (P116 Wangsa Maju) dan Mohd. Pathan Hussin (P109 Kapar).

Ketua Biro Politik Isma, Aminuddin Yahaya berkata, calon-calon yang akan dipertandingkan oleh Isma akan diletakkan di kawasan majoriti Melayu dan Islam, namun calon yang bertanding bukan Melayu atau beragama Islam.

"Kami melihat perkara ini penting dalam menyatupadukan orang Melayu dan Islam di mana tidak ada parti yang mahu lakukan.

"Namun jika ada tempat yang kami tandingi ada calon Melayu atau Islam yang bertanding, kami akan mengalah dan akan ke tempat lain. Itu fokus kami untuk menyatupadukan masyarakat Melayu dan Islam itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar memperkenalkan calon-calon Isma dan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Berjasa di sini hari ini.

Turut hadir ke semua lapan calon dan juga Presiden Berjasa, Mohamad Yusoff Haron. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.