VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 11/04/2013

PRU kali ini paling mahal - SPR

PUTRAJAYA 10 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini akan menjadi pilihan raya termahal dengan kos RM400 juta diperuntukkan untuk memastikan segala persiapan berjalan lancar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kos PRU-13 lebih mahal disebabkan oleh pertambahan jumlah pengundi selain peningkatan elaun untuk pegawai dan petugas yang terlibat dalam menjayakan pilihan raya itu.

''Jumlah pengundi untuk PRU-13 ialah sebanyak 13.3 juta orang berbanding 10.7 juta orang dalam pilihan raya sebelumnya.

''Ini bermakna jumlah pengundi telah bertambah sebanyak 2.6 juta orang, bukan semua pengundi baharu itu ialah orang muda tetapi juga terdapat warga lebih tua yang baharu mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, selain pertambahan pengundi, peningkatan kos pilihan raya juga disumbangkan oleh pengenalan jenis undi yang baharu dalam PRU-13.

''Jadi kos untuk PRU-13 adalah mahal tetapi kos untuk PRU-14 mungkin lebih tinggi lagi," katanya.

Abdul Aziz berkata, keputusan pertama PRU-13 mungkin diperolehi SPR seawal pukul 7.30 malam berdasarkan pengalaman lalu.

''Kita berusaha menambah baik sistem yang ada dengan memperkenalkan portal di mana keputusan akan diumumkan secepat mungkin melalui laman web," katanya.

Beliau berkata, pilihan raya akan diadakan seperti biasa di Lahad Datu dan Semporna di Sabah yang menyaksikan insiden pencerobohan pengganas Kiram, baru-baru ini.

Dalam pada itu, para pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web www.spr.gov.

Semakan boleh dibuat menerusi Portal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) www.pru13. gov. my atau menerusi SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 15 April.

Bagi semakan melalui SMS, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menyediakan kemudahan tambahan iaitu 29292 bagi pengguna Celcom, 33080 dan 22789 (Maxis) dan 33080 (Digi).

Semakan boleh dibuat dengan menaip spr <jarak> nombor kad pengenalan dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.