VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 10/04/2013

ANALISIS PRU-13: Pembangkang di Kedah terus bercakaran soal kerusi

WALAUPUN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menentukan 20 April sebagai hari penamaan calon dan 5 Mei adalah hari mengundi, namun para pemimpin pembangkang di Kedah masih terus berebut kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Setakat ini, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum memutuskan calon yang akan dipertaruhkan di Parlimen Alor Setar dan Padang Serai manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula kawasan yang terus menjadi pertikaian adalah di Kota Darul Aman, Bakar Arang, Derga, Bakar Bata, Lunas dan Gurun.

Malah Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik dengan tegas menyatakan kekesalannya terhadap tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempedulikan tuntutan DAP apabila mengumumkan Ketua Biro Perundangan PKR, Gooi Hsiao Leung sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar.

Menurut Guan Aik, calon DAP lebih layak dan perlu diberi peluang bertanding di situ dan jika tidak, bukan mustahil pertandingan tiga penjuru berlaku antara Barisan Nasional (BN), PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap agar tiada pertandingan tiga penjuru berlaku lagi seperti di kerusi DUN Derga pada 2008. Kerusi DUN tersebut dimenangi oleh calon BN, Cheah Soon Hai.

Namun, kompromi antara DAP dan PKR ternyata sukar dicapai sehingga tiba-tiba Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa menagih simpati agar Pas Kedah pula mengorbankan satu DUN bagi mengelakkan sebarang pertembungan antara ketiga-tiga parti terbabit termasuk DAP.

"Kita merayu atas semangat setiakawan agar Pas Kedah beri satu kerusi DUN kepada kita (PKR) supaya kita boleh lepaskan satu kerusi kepada DAP," katanya.

Bagi Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, status quo 2008 perlu dikekalkan untuk 2013 kononnya bagi mengekalkan pemerintahan 'Kedah Sejahtera' Pas di negeri Jelapang Padi.

Pada pilihan raya umum lalu, Kedah yang mempunyai 36 kerusi DUN menyaksikan Pas bertanding di 24 kerusi, PKR (10 kerusi) dan DAP (dua kerusi) manakala DAP dan PKR bertembung di kerusi DUN Derga akibat enggan mengalah.

Penganalisis politik Kedah, Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah berkata, perbalahan antara pemimpin pakatan pembangkang sudah dijangka kerana mereka berlainan ideologi dan tidak boleh bekerjasama.

Ia menguatkan lagi bukti bahawa pemimpin pembangkang perlu ditolak oleh para pengundi kerana tidak layak diangkat sebagai pemimpin apabila bukan sahaja tidak mampu memupuk perpaduan malahan hendak menyatupadukan diri sendiri dalam satu pakatan pun gagal.

Jika demikian keadaannya, lakonan kerjasama Pas-PKR-DAP perlu dihentikan dan mereka dicabar agar meletakkan calon masing-masing bertanding tiga penjuru di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN yang dituntut! Ada berani?

Lagipun, bukankah DAP dan PKR selalu mendakwa menjunjung demokrasi, maka meletakkan calon masing-masing bertanding adalah menepati semangat kebebasan hendak bertanding tanpa dikongkong oleh parti lain yang kononnya dalam satu pakatan.

Apa pun, rata-rata pengundi sudah muak dengan sikap keras kepala tidak mahu mengalah pembangkang dan ia hanya menyatakan kebenaran persepsi umum bahawa mereka adalah pakatan yang tiada kesepakatan. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.