VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 10/04/2013

PRU-13: Najmuddin kekal sokong BN, tolak tanding tiket Bebas

IPOH 10 April - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, Datuk Mohd. Najmuddin Elias menolak tawaran pihak tertentu untuk bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar Perak itu yang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada PRU13 mendakwa, beliau menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tertentu yang mendesaknya bertanding atas platform Bebas.

"Saya menolak apa saja tawaran dan sebagainya kerana pendirian saya masih seperti yang diumumkan pada minggu lepas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Khamis lepas, beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau kerana mahu menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama Islam di Perak dan memberi laluan kepada muka baharu.

"Ada juga yang memujuk saya supaya bertanding atas tiket bebas dan sedia untuk sponsor dalam pilihan raya nanti," katanya.

Mohd. Najmuddin berkata beliau kekal setia bersama Barisan Nasional (BN) dan tidak akan mengkhianati parti.

"Saya amat menghargai sokongan yang diberikan pengundi selama ini dan menyeru kepada mereka supaya menghormati pucuk pimpinan parti.

"Insya-Allah saya akan turun padang bersama-sama calon baharu untuk pastikan pengundi terus berpihak kepada BN," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Najmuddin mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau dengan 7,023 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.