VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 09/04/2013

Golongan muda diupah cetus kekecohan PRU-13?

KUALA LUMPUR 8 April - Polis tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berpolitik melampau sehingga sanggup mengupah golongan muda untuk membuat kekacauan dan berkempen secara kasar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini berikutan beberapa laporan diterima polis menunjukkan sekumpulan lelaki bertindak samseng melakukan provokasi seperti membakar atau mengoyak bendera parti politik lawan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kebanyakan perbuatan tersebut dilakukan oleh kumpulan yang taksub dengan politik.

Beliau berkata, aktiviti jenayah itu biasanya dilakukan pada awal pagi bagi mengelakkan mereka dikesan pihak berkuasa atau parti politik lawan.

"Kebanyakan kumpulan ini melakukan kerja mengoyak, mencabut dan mematahkan tiang bendera serta membakar sepanduk dan pelbagai lagi kesalahan lain berkaitan pilihan raya pada sekitar pukul 1 hingga 4 pagi.

"Walaupun tindakan diambil kononnya bagi tujuan kempen tetapi perbuatan kasar dan keganasan itu tidak harus diterima," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, setakat semalam, sembilan kes berkaitan kesalahan pilihan raya dilaporkan berlaku di Selangor.

Beliau berkata, antara kes dilaporkan ialah di Seksyen 13, Shah Alam; Taman Melawati dan Cahaya Indah di Ampang, Api-Api di Kuala Selangor, Bukit Beruntung di Hulu Selangor serta Beranang di Kajang.

"Polis juga merekodkan sebanyak 340 kempen PRU-13 seperti ceramah politik dan perjumpaan penyokong parti di seluruh negara dalam tempoh lima hari pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, polis turut memberi amaran kepada parti politik agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama jawatan bekas penjawat awam yang tidak berkenaan bagi menarik orang ramai ke ceramah politik mereka.

Menurut Ramli, ini kerana polis mengesan ada pihak memaparkan jawatan yang berbeza dengan penceramah yang dimaksudkan bagi mengelirukan masyarakat.

"Polis mengesan ada parti politik meletakkan nama bekas seorang pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada kain rentang untuk mempromosikan ceramah politik mereka, namun yang datang berceramah bukan individu berkenaan.

"Perbuatan ini salah dan boleh dikenakan tindakan tegas," ujarnya.

Jelas Ramli, perbuatan itu bukan sahaja menjejaskan imej polis tetapi juga mengelirukan masyarakat yang mungkin menganggap penceramah mewakili jabatan terbabit.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.