VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 08/04/2013

Manifesto BN: BN kongsi kemakmuran negara dengan rakyat

PULAU PINANG 8 April - Dakwaan pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) menawarkan ganjaran wang dalam manifestonya untuk meraih undi rakyat, dilihat sebagai tindakan oleh mereka yang 'cetek ilmu'.

Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Omar Fauzar berkata, sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, nilai insentif yang dinyatakan dalam manifesto itu juga tidak tetap sebaliknya berdasarkan kemampuan kerajaan pada masa akan datang.

"Jika Najib tidak menyediakan kemudahan dan insentif menarik sedemikian, bermakna beliau bukan seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

"Sebagai Perdana Menteri, beliau sebenarnya memulangkan semula hasil kejayaan dan kemakmuran negara kepada rakyat," katanya ketika ditemui dalam program Jelajah Sayang anjuran UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini semalam.

Omar yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor menambah, tidak seperti pembangkang, mereka sekadar melancarkan manifesto tanpa melihat kemampuan diri sendiri. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.