VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 08/04/2013

PRU-13: ADUN Beserah gugur, Andansura dipilih calon Pas DUN Beserah

KUANTAN 8 April - Pas menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Syed Mohamad Tuan Lonik daripada senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu ceramah di Indera Sempurna di sini malam tadi mengumumkan bahawa Timbalan Yang Dipertua Pas Indera Mahkota, Andansura Rabu dipilih menggantikan tempat Syed Mohamad.

Selain itu, Tuan Ibrahim mengumumkan empat lagi nama calon Pas yang akan bertanding di kerusi DUN pada PRU-13.

Menurut beliau, bagi DUN Sungai Lembing iaitu dalam Parlimen Paya Besar, calon yang dipilih adalah Sulaiman Md. Derus.

"Bagi DUN Inderapura pula akan diwakili oleh Syed Mohd. Anis Syed Husain," katanya.

Beliau memberitahu, DUN Pulau Manis pula akan diwakili Othman Bakar manakala Peramu Jaya calonnya, Abu Kasim Manaf yang juga Yang Dipertua Pas Pekan.

Tuan Ibrahim sebelum ini memaklumkan Pas akan meletakkan calon di 21 kerusi DUN di negeri ini. DUN Beserah adalah satu daripada dua kerusi yang dimenangi Pas pada PRU-12. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.