VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 07/04/2013

Mat Sabu mahu batal MoU LIMA

JOHOR BAHRU 6 April - Pembangkang terus memperlihatkan kebencian terhadap kejayaan negara apabila menyatakan hasrat untuk membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.2 bilion yang dimeterai dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) jika berjaya menawan Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, LIMA 2013 yang berlangsung baru-baru ini merupakan medan terakhir kerajaan untuk ‘mencuri duit rakyat’ selain menyatakan sebahagian daripada hasil urus niaga yang berlangsung ketika itu akan menjadi milik pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana perjanjian ini baru (peringkat) MoU, belum lagi agreement, kita ambil alih Putrajaya bulan hadapan, kita tolak perjanjian ini. Kalau agreement kita tak boleh buat apa, kalau MoU kita boleh kaji semula," katanya semasa berceramah di Bandar Baru Uda di sini malam tadi.

Ternyata, pimpinan pakatan pembangkang sengaja memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat, sedangkan sebelum ini, kerajaan telah pun menjelaskan bahawa semua MoU itu dimeterai antara syarikat-syarikat swasta sahaja.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dalam kenyataan sebelum itu menegaskan, sebagai contoh MoU antara DRB-Hicom Bhd. dengan sebuah syarikat Sweden, Saab AB (Saab) melibatkan berbilion ringgit tidak berkaitan dengan kerajaan yang hanya bertindak sebagai saksi MoU itu ditandatangani.

Dalam ceramah yang hanya dihadiri kira-kira 200 orang itu, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengulangi janji terkandung dalam manifesto pembangkang termasuk pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.

Terdahulu, di pentas yang sama, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat spekulasi baharu dengan meramalkan tarikh pengundian PRU-13 akan jatuh pada 11 Mei dan pembentukan kerajaan adalah pada 13 Mei sambil menyifatkan teori itu sebagai taktik kerajaan BN menakutkan rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.