VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 06/04/2013

'Manifesto pembangkang tidak relevan, janji palsu'

Liow Tiong Lai beramah mesra dengan warga-warga emas yang mendapatkan rawatan katarak secara percuma di Klinik Pakar Mata Optimax Bandar Sunway, semalam.

KUALA LUMPUR 5 April - Janji-janji populis pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum membimbangkan ahli perniagaan kerana mereka melihat kemungkinan berlakunya muflis adalah tinggi.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini berikutan manifesto yang dibentangkan pembangkang sebelum ini dilihat tidak relevan dan akan membawa kepada keruntuhan ekonomi negara jika ditunaikan.

Katanya, mereka juga tidak yakin dengan pelaksanaan manifesto tersebut yang dilihat tiada kemajuan yang cuba dibawa oleh pembangkang.

"Kita sendiri dapat melihat manifesto pakatan pembangkang hanya merupakan satu janji kosong, satu janji palsu yang akan memufliskan negara.

"Jadi apabila ahli perniagaan melihat manifesto tersebut, mereka berasa risau dengan kredibiliti pembangkang dalam melaksanakan segala tuntutan yang dijanjikan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Projek Komuniti Bersama bagi Rawatan Katarak Percuma di Pusat Rawatan Mata Optimax di sini, hari ini.

Jelas Tiong Lai, ahli perniagaan lebih yakin terhadap program transformasi negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dilaksanakan dalam tiga tahun kebelakangan ini.

"Pencapaian transformasi negara semakin meningkat sejak kita memulakannya pada 2010 dan dalam tiga tahun itu, kita dapat mencatat keputusan yang amat cemerlang, jadi sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat, kita akan memajukan lagi ekonomi negara," katanya.

Menurut beliau, rakyat juga yakin dengan program transformasi yang dapat menjamin ekonomi yang kukuh, maju dan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Diminta mengulas persiapan dan senarai calon MCA, beliau berkata, pihaknya telah menghantar senarai tersebut kepada Perdana Menteri.

"Senarai calon MCA untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum kali ini telah dihantar kepada pucuk pimpinan BN dan kita kini hanya perlu menunggu keputusan daripada pemimpin tertinggi parti," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.