VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 05/04/2013

PRU-13: Raja Bahrin tanding calon Pas Parlimen Kuala Terengganu?

KUALA TERENGGANU 5 April - Pas memberi bayangan bahawa Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bakal diletakkan bertanding mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman secara 'rasmi' itu tidak sengaja dibuat Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang) ketika berceramah di Cabang Tiga di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Raja Kamarul ketika ditemui pada majlis yang sama enggan mengulas berkenaan perkara tersebut dan memaklumkan beliau masih belum menerima tawaran secara rasmi.

Pun begitu, beliau mengakui akan mempertimbangkan tawaran itu jika benar Pas menawarkan beliau bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dipegang Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut selepas memenangi pilihan raya kecil pada tahun 2009.

"Secara tidak rasmi begitulah (dicalonkan) tetapi saya masih belum terima apa-apa tawaran dan saya tidak mahu mendahului parti jadi, biar lah mereka umum dahulu," katanya.

Ditanya adakah beliau bertanding atas tiket Pas, beliau hanya memaklumkan bahawa tawaran sebelum ini dibuat secara tidak rasmi oleh parti itu.

"Ya, memang tawaran ada datang daripada Pas tetapi saya orang baru, Yang Berhormat terdahulu juga tidak tahu dapat bertanding atau tidak masakan saya yang baru akan dipilih.

"Saya lebih selesa bergerak di bawah Amanah dan saya tidak tahu lagi secara rasmi saya bertanding atau tidak dan buat masa sekarang Amanah adalah platform saya," jelasnya yang turut mengakui dia adalah ahli Pas. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.