VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 04/04/2013

PRU-13: BN Bakri tolak "kepulangan" Jui Meng

MUAR 4 April - Barisan Nasional (BN) Bakri akan menolak sama sekali Dr. Chua Jui Meng sekiranya Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu berhasrat kembali ke pangkuan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) ini.

Pengerusinya, Datuk Saipolbahri Suib berkata, walaupun Jui Meng pernah menjadi Ketua Bahagian MCA Bakri selama 22 tahun, BN Bakri tidak mahu menerima pemimpin yang tidak ada harga diri, pembelot dan berjuang untuk kepentingan diri.

"Ini (Jui Meng) adalah penderhaka dan pengkhianat, bila dah 'kenyang' dan senang di bawah BN, dia kata BN tak betul, ini penipu," katanya mengulas spekulasi bahawa Jui Meng bakal kembali ke pangkuan MCA dan BN.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum mempengerusikan mesyuarat khas BN Bahagian Bakri yang turut dihadiri para pemimpin utama komponen BN di Bangunan UMNO Bahagian Bakri di sini hari ini. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.