VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 04/04/2013

Cubaan huru-hara di tempat mengundi

PETALING JAYA 3 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan rancangan pihak tertentu yang mahu membuat kekacauan dan huru-hara di tempat pembuangan undi pada hari pengundian.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kekacauan itu bertujuan memburuk-burukkan SPR sebagai agensi yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya di negara ini.

Berdasarkan maklumat itu beliau berkata, kekecohan dijangka tercetus kononnya atas dakwaan SPR boleh mengenal pasti kertas undi, isu penggunaan dakwat kekal dan isu persamaan alamat di kad pengenalan dengan alamat di pusat pembuangan undi.

''Saya minta semua pengundi jangan percaya dengan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa SPR boleh mengesan pengundi yang mengambil kertas undi masing-masing.

''Meskipun ada nombor siri, mustahil SPR boleh berbuat demikian kerana sememangnya kita tidak boleh kesan dan pengundi juga jangan berlatih atau biarkan jari kita dicalit dengan mana-mana dakwat,'' katanya ketika ditemui di TV3 di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai harus sedar dakwat kekal yang akan diperkenalkan nanti, warnanya amat berbeza dan teksturnya juga berbeza.

Selain itu, Abdul Aziz turut menasihatkan semua pengundi supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana pihak.

''Seperkara lagi, ada dakwaan kata alamat di kad pengenalan mesti sama dengan alamat pembuangan undi. Itu juga salah. Alamat di kad pengenalan tidak semestinya sama dengan alamat di pusat pembuangan undi.

''Ada pengundi yang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang atau di Johor dan jangan percaya dengan dakwaan tentang wujudnya pengundi hantu," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, apabila timbulnya isu-isu tersebut di tempat mengundi, akan ada pihak yang dijangka membuat kacau dan antaranya menjerit-jerit bagi menarik perhatian pengundi lain.

''Sebagai contoh ada seorang pengundi yang jarinya dikatakan telah dicalit dakwat, samun selepas disemak dakwat itu berbeza dengan dakwat yang kita gunakan lalu kita benarkan pengundi ini membuang undi.

''Ejen parti kemudian mula mempersoalkan mengapa orang ini dibenarkan mengundi dan mereka mula membuat bising. Mereka cetus kekacauan dan huru hara. Mereka ini kemudian akan rakam gambar. Kemudian sebarkan foto. Mereka sengaja cetuskan tekanan, membuat bising serta menjerit-jerit," katanya.

Ditanya persediaan SPR untuk berhadapan dengan situasi seperti itu, Abdul Aziz meminta pengundi-pengundi lain tidak terpengaruh sebaliknya membantu SPR menenangkan keadaan.

''Kita semua harus sedar, ini semuanya satu bentuk lakonan yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan SPR. Jika keadaan semakin serius kita akan membuat laporan polis supaya tindakan susulan dapat diambil.

''Saya berharap pihak berkenaan yang merancang perbuatan itu agar berhati-hati ," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.