VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 03/04/2013

PRU-13: PM, menteri Kabinet terus tadbir di bawah kerajaan sementara

KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan menteri Kabinet akan meneruskan tugas serta menjalankan segala urusan pentadbiran negara sebagai kerajaan sementara selepas pembubaran Parlimen hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan sementara secara amnya bertanggungjawab menjaga kebajikan, kesejahteraan dan kestabilan rakyat serta negara buat sementara waktu sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat kembali bersidang selepas pilihan raya umum.

Walau bagaimanapun katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad kerana hanya melibatkan tugasan rutin harian tanpa melibatkan sebarang pembentukan dasar atau polisi baharu.

"Istilah kerajaan sementara tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi merupakan kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen," katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.